Susan Boyle - Serlahkan Bakatmu

Ini adalah video nyanyian Susan Boyle dalam rancangan realiti Britain’s Got Talent.  Dalam usia 47 tahun, barulah beliau dapat menyerlahkan bakat yang terpendam kepada dunia. Saya tahu, ramai yang akan menangis..

Kalau anda mempunyai bakat terpendam, janganlah segan silu yer.. Peluang untuk berjaya tersimpan di situ..

Layan..

Popularity: 33% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com




Mat Faudzei Mat Tahir\'s Facebook profile

Malang Tidak Berbau

Ini pula adalah kemalangan sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Sebuah kereta terbabas dan terlanggar paip sehingga airnya menjulang tinggi ke udara.

Photo by jig

Photo by jig

Popularity: 61% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com




Mat Faudzei Mat Tahir\'s Facebook profile

Fish Spa - Doctor Fish

Kelmarin semasa saya sibuk bershopping untuk tahun baru (sibuk-sibuk jer) di Tesco Melaka sempatlah juga merendam kaki di salah sebuah booth yang menawarkan perkhidmatan fish spa. Secara ringkasnya fish spa ni adalah rawatan kelegaan atau rawatan pada kulit kita menggunakan ikan. Biasanya ikan yang digunakan dari spesis Garra rufa dan Cyprinion macrostomus. Ikan-ikan jenis ini sahaja yang akan mengigit manja kaki anda. Jika anda ingin kesan yang lebih mungkin boleh menggunakan ikan kelisa, ikan keli atau piranha kerana gigitannya dikatakan lebih kuat :) .

Mula-mula semasa anda mencecah air ke dalam kolah tersebut, ikan-ikan tersebut akan berebut-rebut menggigit kaki anda. Anda akan terasa kegelian. Saya hampir tergelak menahan geli di kaki. Tetapi disebabkan orang ramai menonton, terpaksa tahankan sahaja. Lama-kelamaan semuanya akan kembali normal. Jika anda ingin mendapatkan kesan lebih efektif, lakukannya berseorangan iaitu ketika tiada orang lain di dalam kolah tersebut kerana semua ikan akan hanya tertumpu pada kaki anda seorang sahaja.

Selesai rawatan lebih kurang 20-30 minit, saya dapat rasakan perbezaan pada kulit kaki saya. Terasa lembut dan ringan sedikit.

fish-spa

fish-spa

Popularity: 63% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com




Mat Faudzei Mat Tahir\'s Facebook profile

Gong Xi Fa Cai

tahun baru cina
Photo by x-eyedblonde

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Popularity: 61% [?]

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hari ini 1 Muharram 1430 Hijrah. Umat Islam menyambut Maal Hijrah dan masih diteruskan dengan tema yang lepas iaitu “Menjana Ummah Gemilang”. Masih banyak bidang yang perlu diterokai dan diperbaiki walaupun kita dapat lihat pencapaian yang lebih baik tetapi sebenarnya masih belum cukup dan janganlah kita terlalu relaks dengan apa yang telah dicapai. Anggaplah ia sebagai satu permulaan yang baik tetapi perjalanan masih terlalu jauh. Kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kegemilangan tersebut. Jika kadangkala antara kita leka, maka ingat mengingati antara satu sama lain amatlah dituntut.

Islam Dihina

KIta dapat lihat Islam dihina dengan sewenang-wenangnya. Baru-baru ini sebuah blog yang terang-terangan menghina Nabi Muhammad s.a.w. Apakah perngertian disebaliknya? Mereka sudah tidak lagi menghormati Nabi Muhammad s.a.w. dan sensitiviti agama, dengan mempermainkan peribadi dan sunnah baginda. Di Genting Gaza, pihak Israel dengan tanpa rasa bersalah menyerang penduduk Palestin.

Apa Yang Perlu Kita Lakukan?

Hijrah. Ya sudah tentulah hijrah. Berhijrah supaya menjadi lebih baik dan lebih tekun melakukan sesuatu, pastikan ia gemilang. Kembali kepada al-Quran dan al-Hadith. Lakukan yang terbaik dan bermohon kepada Allah agar kita semua diberi kekuatan, dilimpahi rahmat, dijauhkan daripada gangguan syaitan dan malapetaka.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Popularity: 72% [?]