Archive for May, 2007

Majalah Terkini Hiburan Sensasi. Siapa Pengacara AF?

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Sedang saya berehat-rehat (berehat tu.. mana ada rehat), tiba-tiba saudara Labanon message, suruh saya download majalah. Wah ada majalah baru nampak.. Best ke? Mari kita review.. Sebab itulah saya terus tulis ni.. Kalau tak penting, saya mesti buat tak tahu sahaja kan..

Antara isi kandungannya ialah seperti bagaimana cara mendapatkan kebenaran isteri pertama untuk beristeri dua, duit masuk sambil goyang kaki sahaja, siapa artis yang makan cili dan pelbagai lagi cerita sensasi.. Wah! memang sensasi ni…

Download di sini…

Wah cepatnya.. nanti dulu ya..

Baik saya berterus terang..

OKlah.. Sebenarnya saudara Ramzan dari rajablog.info telah berjaya menerbitkan ezine yang berkaitan dengan blogger Malaysia. Di dalamnya dimuatkan dengan pelbagai tips dan artikel yang menarik (memang betul-betul padat) tulisan blogger-blogger Malaysia. Ia memang sangat sesuai kepada sesiapa sahaja baik newbie dan juga seasonal blogger.

Apa yang menarik?

  1. Ia diterbitkan oleh Ramzan. Seorang blogger neutral (neutral tu apa? balance).
  2. Dalam Bahasa Melayu.
  3. Khas kepada blogger Malaysia. Sebab itu namanya emmm.. nantilah
  4. Tips dan isi yang sangat-sangat bagus kepada blogger.
  5. Design dan layout yang cantik.
  6. Padat. Padat dengan isi dan muka surat pun padat, hehee.
  7. Yang paling penting >>> Percuma… percuma.. percuma…

Saya rasa inilah masa yang sesuai Ezine ini diterbitkan dan ia mempunyai masa hadapan yang cerah.

Baiklah… inilah masanya untuk download yang sebenar-benarnya..

Download di sini >> Majalah Blogger Malaysia M-Blogger

trackback

Oh.. untuk jawapan tajuk di atas >> Siapa pengacara AF? Jawapannya saya tak tahu. Sorry. Salamzz.

Popularity: 12% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Promosi, Produk dan Khidmat Pelanggan

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hari ini baru dapat menulis. Sebenarnya saya baru pulang dari Kuantan, ada urusan di sana sambil bercuti dengan keluarga. Buat masa ini, tempat yang paling saya gemari untuk bercuti ialah Kuantan. Tak tahu mengapa, tapi itulah hakikatnya. Apa yang paling menarik dan saya gemari ialah pantai, tempatnya relaks, dan makanannya sedap. Dua tempat makan yang tidak lengkap jika tidak dilawati ialah Restoran Sara Thai (cuba lihat di Google, nampaknya semua kata makanan di restoran ni sedap) dan satu warung di hujung Tanjung Sepat (malangnya haritu warung ni dah takde, tak tahulah dah pindah ke atau tutup - warung yang ada signboard Coca-Cola besar tu).

MS Garden, hotel yang kami tinggal pun sudah berubah wajah nampaknya. Warna yang lebih menarik (warna ni ler yang isteri saya rancang nak gunakan untuk ruang tamu kami). Perkara yang paling seronok ialah pihak hotel sedang menjalankan ujian untuk sambungan streamyx mereka. Jadi ianya percuma sehingga 1 Jun kalau tak silap saya. Apa lagi, meriahlah. Maklumlah dunia maya pun dunia kita juga kan. Maka bila dapat ‘online’ terasa seperti ikan yang sedang tercungap-cungap dimasukkan semula dalam air. Fuh, lega rasanya.

Dulu saya suka ke Cherating, tetapi disebabkan hotel di sana sudah tidak menarik lagi, jadi sekarang saya cuma sampai Kuantan sahaja. Lagipun Teluk Cempedak kan ada.

Dalam perniagaan, elemen yang paling penting dan paling utama ialah produk dan pelanggan. Tanpa produk, masakan ada pelanggan. Tanpa pelanggan, siapalah kita sebagai peniaga, betul tak? Samalah juga seperti “siapalah artis tanpa peminat” atau “siapalah suami tanpa isteri”.

Bagaimana untuk mendapatkan pelanggan? Sudah tentulah dengan memberitahu kepada bakal-bakal pelanggan melalui iklan, promosi atau mulut ke mulut. Maknanya kita kena beritahulah iaitu apa yang kita panggil “awareness”. Gunalah pelbagai cara untuk menarik perhatian asalkan beretika.

Tamat bab “awareness” tadi. Kita masuk bab yang paling penting sekali iaitu produk dan khidmat pelanggan. Biasanya pelanggan lebih gemar berurusan dengan siapa yang dia kenal atau sudah biasa. Bila pelanggan dah ada, kekalkan kualiti produk kita. Ini paling penting. Sebagai contoh, ibu saya kata “Jika kita menjalankan perniagaan makanan, jika tukang masak favorite tiada, baik cuti. Jangan buka restoran atau warung”. Lebih baik pelanggan berkata “Ah! tutup pulak hari ni” daripada “Kenapa tak sedap pulak hari ni?”. Point di sini ialah jaga atau tingkatkan kualiti yang sedia ada. Jangan sesekali buat silap.

Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan. Saya pernah bekerja dengan salah sebuah syarikat korporat yang terkenal di Malaysia. Disebabkan kualiti produk yang tidak dijaga (kesilapan teknik) hampir separuh pelanggan setia lari kepada syarikat pesaing secara mendadak. Sudah tentu pelanggan yang lari tadi amat payah untuk kembali semula, apa lagi jikalau tempat baru tu lebih baik atau sekurang-kurangnya sama servisnya.

Saya sendiri pun begitu juga sebenarnya. Nak kata cerewet, entahlah. Kalau gunting rambut, saya hanya akan pergi ke satu kedai sahaja. Sama juga kalau makan di warung, tinggal di hotel, hosting dan lain-lain, apabila sudah puas hati dengan servis dan produk yang ditawarkan, sudah tentulah saya tidak akan pergi ke tempat lain dan saya yakin kebanyakan orang pun begitu. Di samping itu, sudah tentulah jika ada sesiapa bertanya di mana untuk mencari produk-produk tertentu saya akan ‘recommend’ dengan senang hati.

Kesimpulannya, apabila kita berniaga, buat promosi >> jaga produk >> jaga pelanggan.

Popularity: 17% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Baca Laporan Ini dan Promosi. Komisen $0.50 Bagi Setiap Pendaftaran. Percuma.

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Post saya pada hari ini pendek sahaja.? Ini adalah sebuah laporan yang baik mengenai Adsense dan affiliate program. Baca dan fahamkan. Yang paling penting, jika anda mempromosikannya kepada sesiapa sahaja melalui affiliate link yang akan diberikan, anda akan dibayar $0.50 bagi setiap pendaftaran. Mudah bukan?

Oleh itu, sila klik link di bawah, daftar dan baca laporan tersebut. Kemudian gunakan affiliate link yang diberikan dan promosi. Semuanya Percuma.

Daftar Percuma di Google Cash

Popularity: 7% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Panduan Dropship - Model Perniagaan Dropship

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hmm.. sudah lebih seminggu tidak menulis di sini. Mesti ada yang penat keluar masuk keluar masuk kan… Maaf ya. Hari ini saya ingin menulis fasal panduan dropship. Sebenarnya bukan panduanlah, cuma perkongsian.

Saya baru habis buat research untuk pasaran dropship dan pemilihan shopping cart yang sesuai untuk produk-produk dropship tersebut. Di samping itu saya juga sedang menyiapkan sebuah membership site, maka untuk website-website yang lain, terpaksalah bercuti (tengok sekejap-sekejap sahaja). Sebab itulah lama tidak menulis di sini.

Model perniagaan dropship ialah suatu model perniagaan internet di mana penjual tidak memiliki stok yang dijual. Stok tersebut disimpan oleh pembekal yang kita panggil dropshipper. Barangan yang dibeli oleh si pembeli akan dihantar terus oleh dropshipper kepada pembeli. Dengan lain perkataan, si penjual tugasnya menjual dan dropshipper tugasnya menghantar barangan.

Perkara yang paling utama dan yang pertama mesti kita lakukan ialah research. Itu biasalah. Dalam perniagaan internet dan juga perniagaan-perniagaan konvensional, research adalah perkara yang paling utama. Jangan main ceroboh sahaja. Tak fasal-fasal kena tendang (tak boleh bersaing).

Research yang utama ialah pemilihan produk. Produk apa yang kita boleh jual, kurang persaingan dan permintaan tinggi. Maksudnya niche ler kan. Harga juga memainkan peranan yang penting. Tanya diri kita sendiri. “Boleh ke aku jual barang ni?”, “Apakah cara-cara yang akan aku gunakan untuk mempromosikannya?”, “Siapakah yang akan menjadi pembekal (dropshipper)?”. Tepuk dada tanya selera. Jika rasa-rasa boleh, bina keyakinan dengan membuat sedikit research untuk menambah pengetahuan tentang pasaran dan barangan yang kita akan jual tersebut.

Untuk perniagaan dropship, modal pun kena sediakan juga sebenarnya. Walaupun kita menerima bayaran dahulu daripada pembeli, tetapi belum tentu dropshipper menerima bayaran melalui Paypal (Itupun jika pembeli menggunakan Paypal). Jika kita menawarkan cara bayaran melalui 2checkout bayaran hanya diproses seminggu sekali dan akan clear di bank kita agak lama sedikit (Kecuali kita mempunyai akaun bank di US, UK dan beberapa bank lagi yang disenaraikan oleh mereka). Oleh yang demikian, bukankah kita terpaksa menggunakan duit kita dahulu untuk membuat tempahan dengan dropshipper? Sudah tentu. Ada dropshipper yang bagus, saingan tinggi pula. Inilah beberapa kepayahan yang akan dihadapi bila kita membuat model bisnes dropship.

Kesimpulannya, model perniagaan dropship adalah salah satu perniagaan internet yang cukup bagus. Walaupun nampak rumit tetapi membolehkan kita menjual apa sahaja yang kita mahu.

Popularity: 11% [?]

Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet Saifulsham

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Setelah pulang dari Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet Saifulsham saya tidak dapat berbuat apa-apa. Letih, kurang sihat dan saya pasti mesti ramai yang mengalami demam, batuk, sakit tekak dan sebagainya sekarang. Kata orang tengah musim. Nampaknya Kuala Lumpur memang panas hinggakan saya dan isteri pening-pening dibuatnya. Mungkin sebab itulah saya pulang ke kampung halaman setelah 3 tahun bekerja di KL kira-kira 10 tahun dahulu.

Berbalik kepada tajuk saya pada kali ini, banyak yang saya pelajari semasa menghadiri Seminar Saifulsham. Terima kasih saya ucapkan kepada Sabri dan Syazwan dengan layanan, kemudahan dan tidak ketinggalan makanan yang super mesra. Secara keseluruhannya saya beri 9.5/10 (mana boleh bagi 10/10 sebab nobody is perfect) bagi seminar tersebut. Maknanya memang saya syorkanlah kepada sesiapa yang nak pergi.

Walaupun kami sudah kenal lama, tetapi itu hanyalah di alam maya. Samalah juga anda dan saya kan. Oleh kerana masa amat terhad kami tidaklah dapat bersembang lama-lama, tapi dapatlah juga bertukar-tukar fikiran (agaknyalah). Lagipun saya tak nak ganggu peserta-peserta seminar yang lain (yang masih baru dalam perniagaan internet ini), yang sudah tentunya banyak soalan yang ingin ditanyakan kepada Sabri dan Syazwan.

Subjek yang paling menarik perhatian saya dalam seminar tersebut ialah mengenai Dropship Business Model. Subjek inilah yang paling saya nanti-nantikan selama ini. Sebelum ini saya memang teringin nak buat dropship tapi memandangkan dengan pelbagai kekangan, saya tinggalkan dahulu. Jadi setelah faham betul-betul dengan penerangan Saifulsham, saya mengambil keputusan untuk menambahkan lagi kekangan yang tak kekang-kekang ini (entah betul ke tidak tatabahasa ni), dengan menceburkan diri dalam bidang dropship pula. Ibarat ‘tok guru’ ada di belakang, pencak kita pun makin berbunga-bungalah.

Saifulsham juga ada memberikan ‘hint-hint’ penting dan insyaAllah saya akan gunakan salah satu hint tersebut untuk dimasukkan dalam ‘research’ dan produk saya yang akan datang.

Sekali lagi terima kasih Sabri dan Syazwan, saya doakan kalian berjaya dunia akhirat. Wassalam.

Popularity: 9% [?]