Inspirasi Buat Semua
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Hari ini kita tengok video pulak. Anda kenal Paul Potts? Oh! Mungkin tidak atau macam pernah dengar, tapi di mana ya? Paul Potts ialah seorang penyanyi yang baru sahaja memenangi Britain’s got Talents (rancangan realiti tv Britain ala-ala American Idol).
Apa yang menarik adalah beliau sebenarnya bukan artis, hanya bekerja sebagai jurujual telefon bimbit. Semasa di peringkat audition, tiada siapa menyangka yang beliau boleh menyanyi. Lagu opera pulak tu. Sampai menangis-nangis si Amanda Holden (juri) tu. Ini adalah apa yang diperkatakan oleh tiga orang juri selepas persembahan di peringkat final beliau:
Piers Morgan said ?I remember your audition very well. I remember you coming onstage in that terrible suit, you looked nervous, you looked scared even, the expectations were very low. I turned to Simon i remember we both raised our eyebrows when you said opera I was like Oh My God here we go. And then you began to sing and we just felt the hair on our back go up and said to myself I?ve just seen the winner of Britain?s Got Talent.?
Saya masih ingat audition anda tempoh hari. Saya ingat bagaimana anda naik ke pentas dengan pakaian yang teruk, nampak gugup, takut pun ada, harapan nampaknya amat tipis. Saya berpaling kepada Simon dan ingat kami berdua mengangkat kening apabila anda mengatakan “opera”, saya katakan Oh Tuhanku, cari fasal betul mamat ni. Tetapi apabila anda mula menyanyi kami dapat merasakan bulu tengkuk kami meremang dan saya mengatakan pada diri saya bahawa saya baru sahaja melihat pemenang Britain’s Got Talent.
Amanda Holden said ?This show has absolutely wrung me up to dry. You will be on contract for Monday.?
Pertunjukan ini (kamu) telah memulas saya hingga kering. Anda akan mendapat kontrak Isnin depan.
Simon Cowell said ?Your story touched everyone when you came out, shy and humble man with extraordinary talent.?
Cerita anda telah menyentuh hati setiap orang apabila anda naik ke pentas, seorang yang pemalu dan merendah diri tetapi memiliki bakat luar biasa.
Kita lihat video yang saya maksudkan:
Video audition:
Video separuh akhir:
Video akhir:
Jadi apa yang dapat kita pelajari?
- Jangan pandang orang sebelah mata.
- Gunakan bakat semulajadi sebagai batu loncatan kejayaan anda.
- Mencuba lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.
- Sesiapa pun boleh berjaya jika berusaha.
- Lakukan yang terbaik (sempurna).
- Mahirkan bidang anda sehingga menjadi pakar.
- Mulakan latihan anda sekarang….
Popularity: 9% [?]

