Archive for August, 2007

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 50

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini, 31 Ogos 2007 genaplah usia kemerdekaan negara kita 50 tahun. Siapa yang lahir pada tahun 1957, bermakna usianya pun 50 tahun. Sebaya dengan kemerdekaan. Tahniah.

Negara sudah merdeka, adakah kita pun turut merdeka? Adakah minda kita turut merdeka? Adakah apa yang menjajah atau membelenggu diri kita seperti ibadat, kewangan, kebahagiaan, ekonomi, minda dan lain-lain pun turut dimerdekakan? Kita sendiri yang boleh jawab.

Oleh itu, sama-samalah kita bekerja lebih kuat, bersatu padu dan saling bekerjasama demi memartabatkan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini. Cipta sesuatu yang membanggakan dan diikuti oleh seluruh dunia. Hidup Malaysia.

Akhir kata, salam merdeka daripada saya kepada pembaca-pembaca blog ini khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Semoga kita lebih maju jaya di masa-masa akan datang dan mencapai apa yang kita hajatkan dunia dan akhirat.

Wassalam.

Popularity: 6% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Kita Sudah 50 Tahun Merdeka

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Ya, negara kita sudah 50 tahun merdeka. Tapi adakah kita benar-benar merdeka? Saya pernah menanyakan soalan yang sama tahun lepas dan menghuraikannya panjang lebar.

Teringat lagi tahun lepas, selesai sahaja sambutan kemerdekaan, tiba-tiba domain Hasrul.com (domain asal blog ini) diban oleh Google. Oh! berdosakah aku? Haha.. Jawapannya padan muka.. Itulah, suka sangat buat eksperimen. Namun begitu banyak juga faedah yang saya dapat terutamanya untuk tajuk SEO. Tapi kena berkorbanlah (terkorban).

Sebab itulah saya bertukar kepada Hasrul.net sekarang. Walaubagaimanapun, domain .com tu masih lagi kepunyaan saya. Terpaksalah setiap tahun tambah $8.00 untuk renew dan menyimpannya sebagai pekasam. Emm… ada sape-sape nak beli ke domain pekasam ni? Malangnya saya tak jual..

PS : Tahun ini saya tidak buat pertandingan apa-apa sempena ulang tahun kemerdekaan ini. Agak sibuk sedikit. Apa rancangan anda pada 31 Ogos nanti?

Popularity: 6% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Jutawan Internet Seterusnya

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah hari Sabtu, jadi update sedikit sahaja.

Saya baru sahaja selesai menonton rancangan reality internet yang dihoskan oleh Joel Comm iaitu The Next Internet Millionaire. Pada saya ia agak bagus dijadikan sebagai inspirasi dan panduan perniagaan internet.

Popularity: 8% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Motivasi, Perancangan dan Cita-cita

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Saya baru sahaja lepas kemaskini website Impian Wanita. Sekarang adalah masa lebih kurang 15 minit untuk update blog ni. Banyak lagi kerja yang belum selesai. Ini pun baru selesai melawati blog-blog yang baru diupdate seperti blog norakmal, dr irfan, zool dan lain-lain.

Untuk hari ini, saya ingin membawakan anda kepada satu masalah yang menimpa rakan-rakan kita, sama ada kita kenali atau tidak. Tidak kiralah bidang apa pun, tetapi matlamat atau golnya tetap sama. Iaitu mencapai apa yang dihajatkan. Masalah cepat berputus asa.

Jika mengikut statistik, 95% (perniagaan internet) akan gagal. Statistik ini tidak akan berubah, jika berubah pun sedikit sahaja. Adalah mustahil jika 100% akan berjaya. Bermakna jika kita memasuki arena ini, kita pasti berjaya. Tidak mungkin. Cuma kita sebagai “pelakon di dalam filem ini”, dapat membarisi kelompok 5% yang berjaya itu. Itulah harapan anda dan saya. Betulkan?

Saya berikan contoh. Jika 100 orang di dalam barisan ini, bermakna 5 orang yang akan berjaya. Katalah kita berada di kedudukan ke-6, bermakna kita gagal. Sebenarnya tidak mengapa. Itu adalah asam garam kehidupan. Mesti ada kekurangan di dalam diri kita untuk bersaing dengan 5 orang tadi.

Apa yang perlu kita buat? Tambahkan ilmu, tambahkan kekurangan yang kita ada, dan kita cuba lagi di tahun hadapan. InsyaAllah di tahun ke-2 ini, kita akan lihat peningkatan tetapi kita tidak gagal atau mungkin tahun inilah tahun emas.. Siapa tahu? Jadi jika anda rasakan diri anda ‘looser’ atau sentiasa malang, perbetulkan diri, tambahkan ilmu dan berdoa kepada Allah. Yakin dengan pertolongan Allah Yang Maha Besar. Jangan putus asa, kejayaan pasti menanti jika kita betul-betul melalui jalan yang betul. Kalau ikut jalan mati, memang jawabnya takkan tiba sampai bila-bila.

Kebanyakan daripada kita suka mengambil jalan mudah. Buat kerja separuh jalan. Saya tahu, kerana saya telah berjumpa dengan pelbagai karenah manusia dan 90% yang saya temui semuanya seperti yang saya sebutkan di atas.

Sebagai contoh, adalah beberapa rakan yang nak belajar fasal Adsense. OKlah.. Saya ajar, tetapi semuanya saya lihat buat kerja separuh jalan. Macam mana tu? Bukan sikit, tapi ramai. Daripada situ saya tahu, mengapa ramai sangat yang gagal. Daripada ramai-ramai tu, tinggallah sorang jer ni. OKlah. Saya nak tengok sampai mana. Tapi setakat ni alhamdulillah, konsisten dan saya pasti dia boleh kerana dari dulu lagi memang rajin orangnya dan sentiasa mengikut spec yang saya cadangkan.

Kekuatan mental memainkan peranan paling penting. Tanpa mental yang kuat dan kental, apa-apa kerja pun tak menjadi lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan. Teringat saya semasa dalam persatuan lumba basikal dulu. Masa tu mula-mula training, kena panjat bukit guna mountain bike. Bukit dah ler curam, tinggi pulak tu. Dalam hati berkata, mesti boleh. Yelah, belum mula lagi kan, mesti ler kata boleh. Tapi bila sampai suku sahaja, terasa peha macam nak pecah. Nafas macam dah tak cukup. Dari bawah terdengar jurulatih jerit “Mental nak kena jaga. Mental!!”. Jadi bila saya dengar dia menjerit tu, saya cuba fokuskan mental, dalam hati cakap “Boleh.. boleh.. Peha, you shut up!”. Saya teruskan sampai ke atas. Boleh rupanya. Bila dah sampai atas bukit tu, barulah rasa lega. Keesokan harinya, buat benda yang sama. Kena panjat bukit tu lagi. Tapi, dah tak rasa apa dah. Kayuh selamba jer. Kerana kita sudah berpengalaman. Apa yang saya lalui semalam adalah fenomena pengalaman pertama. Fenomena ni hanya berlaku bila pertama kali kita lakukan sesuatu. Ya! Kekuatan mental sebenarnya yang membawa kita sama ada ke depan atau berpatah balik. Mental adalah ketua kepada anggota badan kita.

Kesimpulannya, walau apa pun rintangan yang datang, kita mesti hadapi. Jangan lari. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Uruskan masa sebaiknya. Cuba capai cita-cita secepat mungkin sebelum layu. Lebih pantas anda bergerak, lebih cepat anda mendapat hasilnya.

Itulah sahaja update saya kali ini. Ceria-ceria selalu.

Popularity: 10% [?]

Tempoh Pertapaan Telah Tamat dan Selamat Datang Ke ImpianWanita.com

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setelah lebih sebulan saya bertapa akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Hmm.. Rupa-rupanya lebih daripada sebulan saya tidak menulis di sini. Sementara menantikan waktu Subuh, akhirnya terbukalah pintu hati untuk menulis. Mungkin tulisan kali ini agak panjang atau mungkin tidak. Bergantung pada keadaan, kita lihat sampai mana saya mampu menulis. Saya akan terus menulis hinggalah waktu Subuh tiba.

Banyak kejadian yang berlaku sepanjang kehilangan saya. Dua hari yang lepas, lebih kurang pukul 2 pagi, saya dikejutkan oleh panggilan daripada Catz. Eh.. kenapa pulak telefon pagi-pagi (buta) ni? Macam tau-tau sahaja yang saya belum tidur. Bila saya jawab rupa-rupanya ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Adiknya kemalangan.

Ikuti kisah beliau di sini.

Harap kawan-kawan dapat doakan keselamatan mereka.

********************************

Saudara Ramdzan dari Rajablog.info pula terpaksa dimasukkan ke hospital kerana menurut saudara Shamsul dari http://www.erzwan.com/ beliau mengalami kesakitan di bahagian mata di mana salah satu urat matanya tercabut. Meang betul-betul sakit tu. Alhamdulillah beliau sudah kembali pulih.

*******************************

Bro Fai pula mengalami tekanan.. dan macam-macam lagi kejadian yang berlaku..

****************************

Oklah… Subuh pun dah nak masuk ni… Saya tulis ayat penutup.

Sudah sebulan saya bertapa, baru hari ini saya memunculkan diri. Untuk pengetahuan kawan-kawan, sebenarnya saya bukanlah bertapa duduk kat dalam gua sorang-sorang tu. Itu cuma analogi sahaja. Sebenarnya saya bertapa di alam maya. Maksudnya mengasingkan diri daripada komuniti internet untuk memfokuskan kerja-kerja pembinaan laman web.

Jumlah kesemuanya 5, 2 untuk tahun ini dan 3 lagi untuk tahun hadapan. Cuma 1 sahaja yang akan saya dedahkan pada hari ini iaitu ImpianWanita.com

Secara umumnya, ImpianWanita.com menjual pelbagai jenis barangan wanita. Tapi bukan saya yang uruskannya, isteri saya dan stafnya yang bertanggung jawab. Saya cuma menguruskan hal-hal penyelenggaraan, pemasaran dan sokongan. Buat masa ini produk yang ditawarkan adalah seperti perfume, bracelet, brooch, rantai silver, produk AuraSeri, pelbagai jenis kerepek tradisional dan akan ditambah dalam masa yang terdekat. Sebenarnya banyak lagi produk yang akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat.

Anda juga boleh subscribe newsletter ImpianWanita.com di sini.

Untuk melanggan newsletter hasrul.net sila isi borang di bawah:

:
:

Powered by GetResponse email marketing software

Sekian update saya untuk hari ini. Nanti saya akan sambung lagi..

Popularity: 7% [?]