Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam saya semak balik post yang terakhir di sini, ohhhhhh… sudah 2 minggu tidak dikemaskini. Ohhh.. sekali lagi, apalah malang nasibku ini. Kesian sungguh, blog yang usang ini. Hehe..
Oklah, sebenarnya banyak produk dan laman web yang perlu saya update setiap hari, hinggakan nak menulis di sini pun tak sempat. Walaupun sesetengah website memang dah autopilot (jalan sendiri - staff yang manage), tetapi ada sesetengah perkara yang saya kena buat sendiri. Contohnya perkara-perkara yang baru dipelajari, yang membabitkan kewangan dan juga perkara-perkara penting yang lain. Jadi, saya cuma sempat menjengah sahaja.
Kepada maizul dan catz yang ‘tag’ saya tempohari, nanti saya jawab insyaAllah. Buat masa ni belum lagi.
Minggu lepas, terbuka hati saya untuk membeli produk daripada Saudara RinggitHit iaitu F2R - Formula Rahsia RinggitHit. Sebab itulah sibuk sedikit. Maklumlah kerja-kerja lain seperti di ImpianWanita.com (fasa pertama) dan lain-lain laman web lagi sudah beres, jadi bolehlah buat sesuatu untuk menambah-nambah kesibukan. Kata orang tu tempoh bertenang. Bila kita fokus pada sesuatu perkara, bila selesai kenalah relaks-relaks sikit lepas siap. Tapi relaks yang dapat duit, itulah kelebihannya bila kita bisnes kat internet ni. Macam-macam boleh buat.
Sebenarnya saya dah lama terniat untuk membuat Adsense menggunakan PPC campaign (Selama ni guna SEO jer). Tapi disebabkan kekangan masa, jadi lupakanlah dahulu. Oleh kerana isteri saya pun dah nak jadi ratu adsense, saya pun dengan riang gembira membeli produk F2R ni. Untuk projek F2R ni, saya terpaksa membina lebih banyak laman web baru, dengan tajuk-tajuk atau niche-niche yang baru. Ada juga niche yang saya duplicate daripada laman web yang lama kerana memang sudah terbukti untung, maka duplicate sahajalah. Lagipun biasanya saya cuma memerlukan 1/2 jam sahaja untuk cipta sesuatu webpage. Senang jer tu.
So far, melalui projek ini, memang terbukti untung cuma perlu sediakan modal dan kemahiran mencari keyword. Semakin lama semakin seronok, buat satu website, dalam masa 24 jam dapat duit. Kan seronok namanya tu. Nanti saya akan update kemudian, kerana projek baru berjalan, tak boleh cakap lebih-lebih.
Untuk ImpianWanita.com pula, alhamdulillah sambutan sungguh menggalakkan. Maknanya kena teruskan dengan promosi, khidmat pelanggan dan produk-produk terbaik ni. Kalau tak naya nanti. Kalau sempat saya akan kongsikan cara promosi berkesan nanti.
Akhir sekali, kepada subscriber newsletter saya, harap bersabar. Produk-produk yang saya janjikan akan menyusul. Saya sedang menyusun semula produk-produk koleksi. Jadi tunggu dan bersabar ya. Kepada sesiapa yang belum daftar, boleh daftar sekarang.
OKlah, sampai di sini dulu. Sehingga jumpa lagi, ceria-ceria selalu.
Assalamu’alaikum
Popularity: 14% [?]
Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com