Archive for November, 2007

Senyum-senyum Selalu

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah hari yang gembira buat saya. Apa yang menggembirakan, saya sendiri pun tidak tahu. Tiba-tiba terdetik (tergetik, tergedik) pulak nak menulis di sini.

Memang sudah sekian lama saya tidak menulis. Sibuk dengan projek-projek terbaru online mahupun offline.

Untuk pengetahuan anda, saya sudah pun menyiapkan satu lagi website berkaitan produk perfume untuk pasaran Malaysia, Brunei dan Indonesia iaitu myOrkid.com

Seperti biasa isteri saya yang akan uruskan. Saya ni backup vocal jer. Hehehe..

“Making money is fun”

Itulah sahaja yang boleh saya gambarkan mengenai buat duit. Yang penting, belajar cara untuk membuat duit (yang halal) dan anda akan merasa nikmatnya seolah-olah duit itu tiada nilainya. Senyum-senyum selalu.

Wassalam.

Popularity: 44% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Buku Elektronik

Anda pernah dengar tentang Spotbit.com? Saya mendapat tahu tentang tapak sesawang ini ketika mengunjungi pesta buku antarabangsa 2007 di PWTC. Spotbit ada menyewa sebuah booth di sana dan mengedarkan CD yang mengandungi buku elektronik pecuma.

Apa yang menarik tentang tapak ini ialah selain dari memuat turun buku percuma serta buku berbayar, anda juga boleh menjual buku elektronik anda di sini. Anda boleh sediakan buku dari format Word atau PDF. Selepas anda memuat naik fail ke Spotbit, ia akan kompil dokumen anda ke fail buku. Kemudian anda boleh setkan samada anda ingin mengedar buku secara percuma atau menjualnya.

Menjadi penulis, hmmm…. kini siapa saja boleh jadi penulis.

Anda tentu mahir dalam sesuatu. Misalnya, pertukangan, menanam bunga di laman rumah, memancing, mengecat, chatting, blogging, memasak, menjahit, entah apa-apa lagi. Mengapa tidak berkongsi pengetahuan intu dengan semua orang.

Misalnya, bila sebut sahaja Kebangsaan, terlintaslah pertunjukan bunga api. Saya ada koleksi bunga api yang saya ambil di Putrajaya baru-baru ini. Untuk menikmati foto tersebut, saya telah kompilkan koleksi gambar tersebut di Spotbit. Untuk dapatkan buku, sila klik pautan berikut:
http://www.spotbit.com/main/magazine.php??=2177

Selain dari itu, dapatkan buku elektronik berikut yang saya tulis secara percuma.

Merancang dengan Google Calendar
Kalau dulu, orang bawa diari atau planner ke mana saja mereka pergi. Kita, buku alamat disimpan dalam telefon bimbit. Temujanji serta tarikh penting disimpan dalam perisian kalendar. Sekiranya anda ada talian Internet, anda boleh gunakan Google Calendar. Hasilnya, anda boleh buka kalendar anda di mana sahaja, selagi ada talian Internet. Buku ini membincangkan serba sedikit tentang Google Calendar serta cara menggunakannya.
http://www.spotbit.com/main/magazine.php??=2200

Hos Web Percuma untuk Laman Web Percuma
Di mana nak dapatkan ruang untuk simpan dokumen web anda di dalam Internet? Jika anda baru cuba-cuba membina laman web untuk peribadi atau untuk bisnes, anda mungkin ingin mencubanya di dalam hos percuma terlebih dahulu. Dalam buku ini, pengarang membincangkan lima contoh hos sesawang percuma, bagaimana untuk mencapainya dan apakah kelebihan setiap hos tersebut.
http://www.spotbit.com/main/magazine.php??=2075

Berkomunikasi dengan Gmail
Kita semua ada akaun Yahoo Mail. Tahukah anda Google juga menawarkan perkhidmatan e-mel percuma. Ia dinamakan Gmail. Buku ini membincangkan cara untuk mendapatkan serta menggunakan perkhidmatatan tersebut.
http://www.spotbit.com/main/magazine.php??=2166

One Day One Photo, April Postings
Koleksi gambar yang diambil oleh pengarang yang diposkan ke blog One Day One Photo pada bulan April 2007.
http://www.spotbit.com/main/magazine.php??=2108

One Day One Photo, April Postings (Part 2)
Koleksi gambar yang diambil oleh pengarang yang diposkan ke blog One Day One Photo pada bulan April 2007.

http://www.spotbit.com/main/magazine.php??=2114

Buku elektronik yang dibincangkan di atas boleh dimuat turun secara percuma. Sekiranya anda ada produk atau perkhidmatan yang ingin diiklankan, anda boleh iklankan dalam buku ini. Sila hubungi pengarang.

Iskandar

Popularity: 44% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com