Archive for April, 2008

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Genap 2 bulan saya menghilangkan diri dari dunia blogging. Sebenarnya sibuk menguruskan perniagaan sambil memikirkan tema blog untuk tahun ini. Fikir punya fikir punya fikir (berapa banyak fikir daa…) rupa-rupanya lama juga saya berfikir.

Sejak dari bulan Oktober tahun lepas, saya sudah memulakan projek untuk tahun ini. Pejabat pun saya baru pindahkan. Kalau nak difikir-fikirkan semula, fuh.. memang kritikal. Mana tak kritikal, pindah kedai, projek web terbaru, uruskan anak-anak sekolah, pilihan raya (saja masukkan - sebenarnya takde kena mengena pun) dan macam-macam lagi perubahan yang saya buat menjelang tahun baru yang lalu. Semuanya dalam satu masa. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan pengurusan masa yang betul, semuanya berjalan lancar. Cuma blog sahaja tak dapat update (terlupa ada blog.. huhu).

Jadi saya harap saya boleh mula berblogging semula lepas ni. Maklumlah pak-pak menteri kita pun dah mula dengan blog mereka, bak kata Nabil “Lu pikir ler sendiri”.

Sebenarnya saya sedang memikirkan apakah tema yang akan saya bawa untuk tahun ini. Sampai sekarang masih belum dapat jawapan lagi. Yang pasti, gaya penulisan saya juga akan turut berubah. Anda lihatlah sendiri nanti.

Sebelum saya menutup tirai, saya nak pesan satu perkara. Jikalau hendak berjaya, anda kena fokus. Rancang dan siapkan kerja hingga betul-betul puas hati. Tutup ruang-ruang lopong fizikal dan mental dari diselubungi misteri gangguan. Itu sahaja. InsyaAllah 99% berjaya.

Sehingga jumpa lagi 2 bulan dari sekarang.. Salam hormat daripada saya dan majulah blog untuk negara. Peewetttt…

Popularity: 51% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com