Gathering WangCyber.com
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setelah lebih 2 tahun menunggu, akhirnya gathering bagi komuniti WangCyber.com yang PERTAMA, komuniti usahawan internet Malaysia telah diadakan pada hari Ahad, 3hb Ogos 2008 di Bukit Jalil Golf and Country Resort jam 2:00 hingga 6:00 petang. Ini adalah majlis yang ditunggu-tunggu sekian lama. Oleh kerana dengan kesibukan masing-masing, maka terpaksalah ditangguh sehinggalah akhirnya perjumpaan atau gathering ini dapat diadakan pada tahun ini. Tahniah juga diucapkan kepada saudara Shuth, founder komuniti ini yang berusaha keras bagi memastikan gathering ini berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya.
Apabila menyebut perkataan YANG PERTAMA, sudah semestinya ia menjadi kenangan paling indah dalam hidup kita kan. Contohnya seperti anak pertama, Pertama Complex (wujud sampai sekarang), kereta nasional pertama, tempat pertama, malam pertama (wah), atau paling tidak pun isteri pertama (ho ho ho).
OKlah.. terima kasih kepada kawan-kawan semua.. Barulah dapat berjumpa.. Kalau nak sebut satu-satu riuh juga ni.. Rujuk di sini lah yer.
Overall experience… Memang macam malam pertama. Saya akan sambung kemudian.

Ahli-ahli yang hadir bergambar beramai-ramai.

Bergambar bersama Dr. Irfan.

Geng lama - Hafiz, Cimok & Mus.

Bergambar bersama founder Wangcyber.com saudara Mohd Suhaimy (Shuth)
Popularity: 31% [?]

