Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Akhirnya setelah sebulan berpuasa, tibalah hari raya (macam lirik lagu jer). Hari umat Islam bergembira meraikan kemenangan (Tapi tv asyik dok tayang cerita sedih jer).
Sekarang ni jam menunjukkan pukul 1:28 pagi, saya baru sahaja lepas update produk dan melayan pesanan daripada pelanggan. “Bro, hari raya pun kerja juga ke?”.. Yelah bro, sikit-sikit kena layan juga, lagipun mat saleh mana ada raya, bagi dia orang hari ni sama macam hari biasa jer.. Silap-silap dia orang pun tak tau hari ni ada perayaan.
Pukul 12 tadi ada pulak member lama (sekolah) call. Ajak gathering ler tu.. Kira alumni ler ni. Hmm.. Saya kata nanti saya arrange dulu, kalau semua settle saya datang.. Tapi rasanya tak dapat datang, kang melompat pulak isteri saya.. huhu..
Kepada sahabat-sahabat yang telah menghantar SMS ucapan raya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Bertalu-talu ni masuk. Sedap-sedap ayat dia orang ni..
Salah satunya berbunyi seperti di bawah:
Masak lemang sambil berdiri,
Hendak makan di Aidil Fitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja dapat kuberi,
Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi terkini yang ada di hujung jari…
OKlah nak masuk tidur dulu.. esok pagi-pagi nak sembahyang sunat Aidil Fitri pulak kan..
Akhir kata.. salam Aidil Fitri daripada saya sekali lagi… Berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang tersayang, maaf zahir dan batin.
Popularity: 33% [?]