Banjir Semakin Buruk
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya keadaan banjir di sini semakin buruk. Kalau kita lihat di television peningkatan bilangan mangsa banjir di Kelantan, Pahang dan Johor naik secara mendadak.
Di kampung saya (keluarga mertua) mereka semua dalam keadaan berjaga-jaga. Tahun lepas kawasan kami banjir besar. Lihat gambar di bawah yang saya ambil untuk semalam dan hari ini.
Hanya menunggu air empangan penuh. Jika penuh dan melimpah, maka air akan naik hanya dalam masa 1 hari.
Popularity: 72% [?]
Perlu berjaga-jaga ni.. kalau hujan jer mesti risau kan…
ya.. Tahun lepas dalam satu malam sahaja air dah sampai betis.
Ada sorang makcik tu lagi kesian. Rumah dia tepi sungai. Masa tengah tidur, tiba-tiba tangan dia terpegang air kat bawah katil. Rupa-rupanya air dah naik. Sehelai sepinggang jer dia keluar. Dah ler tua, miskin pulak tu. Takde sape tolong pun masa tu. Maklumlah pukul 5 pagi. Redah banjir pagi-pagi buta.
bukan setakat banjir aje.tanah runtuh dan pokok tumbang lagilah masalah.