Panduan Menulis
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Adakah anda suka menulis? Saya tahu mesti ramai yang tidak suka menulis. Membaca sukalah kerana tak perlu fikir-fikir… betul tak?
OKlah.. Hari ini saya ingin menurunkan sikit bagaimana caranya untuk menulis dengan tanpa tersekat-sekat. Kita biasa dengar ayat-ayat seperti “Aku takde idealah…”, “Nak tulis apa yer?…”, “Apa lagi nak tulis yer..”, “Macam tak best jer…” dan bermacam-macam alasan yang kita cipta sendiri supaya kita berhenti menulis.
Saya harap panduan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda yang selalu berfikir susah sangat untuk menulis.
Panduan Menulis Yang Mudah:
- Sebelum menulis,? tulis point-point penting yang anda ingin disampaikan (kadang-kadang saya pun tak buat ni - contohnya untuk post ini pun saya tak buat, cuma bergantung pada apa yang ada di dalam kepala sahaja). Tanyakan soalan banyak-banyak untuk diri anda sendiri supaya anda dapat menjawab soalan tersebut.? Jadikan ia sebagai point.
- Tulis secepat yang mungkin. Jangan tunggu-tunggu. Tidak kiralah ayat tunggang-langgang ke, tak sedap ke atau tidak kena. Jangan risau. Biarkan sahaja. Yang penting teruskan menulis. Jangan tersekat-sekat. Teruskan sahaja menulis untuk melatih otak anda supaya berfikir pantas.
- Cuba bayangkan anda sedang bercakap dengan seseorang. Contohnya tajuk tulisan anda ialah “Cara Bermain Gitar Dengan Betul”. Bayangkan anda sedang mengajar seseorang mengenai cara bermain gitar. Cara ini akan menyebabkan tulisan anda lebih natural dan lebih personal. Orang yang membaca tulisan anda pun akan merasa seolah-olah anda sedang bercakap dengannya.
- Buat latihan hari-hari. Tulislah apa yang anda hendak tulis. Saya ada menyediakan satu blog khas untuk latihan ini. Tapi bukan untuk siapa-siapa, untuk diri saya sendiri. Namun begitu, ada juga trafik dari enjin pencari. Tapi siapa yang masuk tu mesti bingung. Entah apa-apalah yang saya tulis di situ. Tapi tidak mengapa, ia sebagai latihan dan memang menjadi. Caranya, tulis apa sahaja yang terfikir di minda anda. Jangan risau tentang tatabahasa atau ayat yang tunggang langgang itu. Anda sedang berlatih untuk menulis dengan laju. Bukan membina ayat yang indah-indah.
- Sesetengah orang lebih suka menulis dalam gelap, terang, bising, dibantu dengan muzik dan bermacam-macam cara lagi. Carilah kaedah? yang sesuai dengan? anda.
- Penat? Cuba menulis semasa anda penat, runsing dan tiada idea. Kadangkala hasilnya lebih baik daripada ketika anda segar.? Otak? kita sebenarnya? sentiasa berfikir untuk? mencari jalan keluar walaupun? ketika sedang tidur.
- Akhir sekali, setelah habis menulis barulah anda edit ejaan, tatabahasa, tambah yang mana patut supaya ia menjadi lebih sedap dan enak.
Diharap selepas ini, anda lebih bertenaga untuk menulis tanpa henti.
Baca juga:
Cabaran Menulis Selama 40 Hari
Motivation To Success
Online Bisnes Forex
Satu Billion Spam
Popularity: 19% [?]