Archive for Panduan Perniagaan

Promosi, Produk dan Khidmat Pelanggan

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hari ini baru dapat menulis. Sebenarnya saya baru pulang dari Kuantan, ada urusan di sana sambil bercuti dengan keluarga. Buat masa ini, tempat yang paling saya gemari untuk bercuti ialah Kuantan. Tak tahu mengapa, tapi itulah hakikatnya. Apa yang paling menarik dan saya gemari ialah pantai, tempatnya relaks, dan makanannya sedap. Dua tempat makan yang tidak lengkap jika tidak dilawati ialah Restoran Sara Thai (cuba lihat di Google, nampaknya semua kata makanan di restoran ni sedap) dan satu warung di hujung Tanjung Sepat (malangnya haritu warung ni dah takde, tak tahulah dah pindah ke atau tutup - warung yang ada signboard Coca-Cola besar tu).

MS Garden, hotel yang kami tinggal pun sudah berubah wajah nampaknya. Warna yang lebih menarik (warna ni ler yang isteri saya rancang nak gunakan untuk ruang tamu kami). Perkara yang paling seronok ialah pihak hotel sedang menjalankan ujian untuk sambungan streamyx mereka. Jadi ianya percuma sehingga 1 Jun kalau tak silap saya. Apa lagi, meriahlah. Maklumlah dunia maya pun dunia kita juga kan. Maka bila dapat ‘online’ terasa seperti ikan yang sedang tercungap-cungap dimasukkan semula dalam air. Fuh, lega rasanya.

Dulu saya suka ke Cherating, tetapi disebabkan hotel di sana sudah tidak menarik lagi, jadi sekarang saya cuma sampai Kuantan sahaja. Lagipun Teluk Cempedak kan ada.

Dalam perniagaan, elemen yang paling penting dan paling utama ialah produk dan pelanggan. Tanpa produk, masakan ada pelanggan. Tanpa pelanggan, siapalah kita sebagai peniaga, betul tak? Samalah juga seperti “siapalah artis tanpa peminat” atau “siapalah suami tanpa isteri”.

Bagaimana untuk mendapatkan pelanggan? Sudah tentulah dengan memberitahu kepada bakal-bakal pelanggan melalui iklan, promosi atau mulut ke mulut. Maknanya kita kena beritahulah iaitu apa yang kita panggil “awareness”. Gunalah pelbagai cara untuk menarik perhatian asalkan beretika.

Tamat bab “awareness” tadi. Kita masuk bab yang paling penting sekali iaitu produk dan khidmat pelanggan. Biasanya pelanggan lebih gemar berurusan dengan siapa yang dia kenal atau sudah biasa. Bila pelanggan dah ada, kekalkan kualiti produk kita. Ini paling penting. Sebagai contoh, ibu saya kata “Jika kita menjalankan perniagaan makanan, jika tukang masak favorite tiada, baik cuti. Jangan buka restoran atau warung”. Lebih baik pelanggan berkata “Ah! tutup pulak hari ni” daripada “Kenapa tak sedap pulak hari ni?”. Point di sini ialah jaga atau tingkatkan kualiti yang sedia ada. Jangan sesekali buat silap.

Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan. Saya pernah bekerja dengan salah sebuah syarikat korporat yang terkenal di Malaysia. Disebabkan kualiti produk yang tidak dijaga (kesilapan teknik) hampir separuh pelanggan setia lari kepada syarikat pesaing secara mendadak. Sudah tentu pelanggan yang lari tadi amat payah untuk kembali semula, apa lagi jikalau tempat baru tu lebih baik atau sekurang-kurangnya sama servisnya.

Saya sendiri pun begitu juga sebenarnya. Nak kata cerewet, entahlah. Kalau gunting rambut, saya hanya akan pergi ke satu kedai sahaja. Sama juga kalau makan di warung, tinggal di hotel, hosting dan lain-lain, apabila sudah puas hati dengan servis dan produk yang ditawarkan, sudah tentulah saya tidak akan pergi ke tempat lain dan saya yakin kebanyakan orang pun begitu. Di samping itu, sudah tentulah jika ada sesiapa bertanya di mana untuk mencari produk-produk tertentu saya akan ‘recommend’ dengan senang hati.

Kesimpulannya, apabila kita berniaga, buat promosi >> jaga produk >> jaga pelanggan.

Popularity: 17% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com