Archive for Umum

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Genap 2 bulan saya menghilangkan diri dari dunia blogging. Sebenarnya sibuk menguruskan perniagaan sambil memikirkan tema blog untuk tahun ini. Fikir punya fikir punya fikir (berapa banyak fikir daa…) rupa-rupanya lama juga saya berfikir.

Sejak dari bulan Oktober tahun lepas, saya sudah memulakan projek untuk tahun ini. Pejabat pun saya baru pindahkan. Kalau nak difikir-fikirkan semula, fuh.. memang kritikal. Mana tak kritikal, pindah kedai, projek web terbaru, uruskan anak-anak sekolah, pilihan raya (saja masukkan - sebenarnya takde kena mengena pun) dan macam-macam lagi perubahan yang saya buat menjelang tahun baru yang lalu. Semuanya dalam satu masa. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan pengurusan masa yang betul, semuanya berjalan lancar. Cuma blog sahaja tak dapat update (terlupa ada blog.. huhu).

Jadi saya harap saya boleh mula berblogging semula lepas ni. Maklumlah pak-pak menteri kita pun dah mula dengan blog mereka, bak kata Nabil “Lu pikir ler sendiri”.

Sebenarnya saya sedang memikirkan apakah tema yang akan saya bawa untuk tahun ini. Sampai sekarang masih belum dapat jawapan lagi. Yang pasti, gaya penulisan saya juga akan turut berubah. Anda lihatlah sendiri nanti.

Sebelum saya menutup tirai, saya nak pesan satu perkara. Jikalau hendak berjaya, anda kena fokus. Rancang dan siapkan kerja hingga betul-betul puas hati. Tutup ruang-ruang lopong fizikal dan mental dari diselubungi misteri gangguan. Itu sahaja. InsyaAllah 99% berjaya.

Sehingga jumpa lagi 2 bulan dari sekarang.. Salam hormat daripada saya dan majulah blog untuk negara. Peewetttt…

Popularity: 61% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Banjir Semakin Buruk

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya keadaan banjir di sini semakin buruk. Kalau kita lihat di television peningkatan bilangan mangsa banjir di Kelantan, Pahang dan Johor naik secara mendadak.

Di kampung saya (keluarga mertua) mereka semua dalam keadaan berjaga-jaga. Tahun lepas kawasan kami banjir besar. Lihat gambar di bawah yang saya ambil untuk semalam dan hari ini.

Hanya menunggu air empangan penuh. Jika penuh dan melimpah, maka air akan naik hanya dalam masa 1 hari.

Popularity: 71% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Senyum-senyum Selalu

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah hari yang gembira buat saya. Apa yang menggembirakan, saya sendiri pun tidak tahu. Tiba-tiba terdetik (tergetik, tergedik) pulak nak menulis di sini.

Memang sudah sekian lama saya tidak menulis. Sibuk dengan projek-projek terbaru online mahupun offline.

Untuk pengetahuan anda, saya sudah pun menyiapkan satu lagi website berkaitan produk perfume untuk pasaran Malaysia, Brunei dan Indonesia iaitu myOrkid.com

Seperti biasa isteri saya yang akan uruskan. Saya ni backup vocal jer. Hehehe..

“Making money is fun”

Itulah sahaja yang boleh saya gambarkan mengenai buat duit. Yang penting, belajar cara untuk membuat duit (yang halal) dan anda akan merasa nikmatnya seolah-olah duit itu tiada nilainya. Senyum-senyum selalu.

Wassalam.

Popularity: 43% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

Update

spider web

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Oh.. nampaknya sudah lama saya tidak update blog ini.. sampai labah-labah pun dah bersarang.

Sebenarnya saya sedang sibuk mengupdate dan menyelenggarakan laman-laman web yang sedia ada serta menyediakan pelan untuk tahun hadapan. Di samping itu projek untuk tahun depan pun sudah mula berjalan.

Banyak yang berlaku minggu dan bulan ini, di antaranya kematian orang ketiga terkaya di Malaysia Tan Sri Lim Goh Tong (takziah), kepulangan angkawasan negara ke bumi Dr. Sheikh Muzaffar (tahniah, tapi adik beliau pula kemalangan semalam) dan Erra selamat diijabkabul (oh seronoknya)..

Inilah yang dinamakan kehidupan.. ada menang ada kalah, ada suka ada duka dan macam-macam lagi rentak kehidupan yang bakal kita lalui.

Wassalam..

Popularity: 39% [?]

Ucapan Selamat Hari Raya

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramadan akan berakhir. Bermakna kita akan menyambut Aidil Fitri.

Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon keampunan daripada rakan-rakan sekalian dan sesiapa sahaja yang mengenal diri saya. Mungkin di dalam penulisan saya di blog ini atau di forum-forum atau di mana sahaja, saya dengan tidak sengaja ada menyinggung atau menyakitkan hati sesiapa, saya harap dapat maafkan yer.

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Terimalah klip video hari raya kami:

>> Klip Video <<

Ikhlas Daripada:

Hasrul, Shieda, Farhan, Danish dan Irfan.

Popularity: 35% [?]