9 Oct, 2007
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramadan akan berakhir. Bermakna kita akan menyambut Aidil Fitri.
Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon keampunan daripada rakan-rakan sekalian dan sesiapa sahaja yang mengenal diri saya. Mungkin di dalam penulisan saya di blog ini atau di forum-forum atau di mana sahaja, saya dengan tidak sengaja ada menyinggung atau menyakitkan hati sesiapa, saya harap dapat maafkan yer.
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Terimalah klip video hari raya kami:
>> Klip Video <<
Ikhlas Daripada:
Hasrul, Shieda, Farhan, Danish dan Irfan.
Popularity: 35% [?]
Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com
3 Oct, 2007
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Hari ni post pendek sahaja tetapi penuh makna.
Jika anda belum download report ini, sila download sekarang. The IM-Myth daripada Russell Brunson.
http://www.IM-Myth.com/
Kemudian, promosikan link affiliate yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang anda rasa anda kenali yang berminat dengan report ini. Setiap downloand akan mendapat komisen.
Jangan tunggu-tunggu lagi. Sila download dan promosi. Itu sahaja.
http://www.IM-Myth.com/
Popularity: 27% [?]
Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com
2 Sep, 2007
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Bagaimana dengan cuti merdeka anda? Mesti seronokkan.
Petang 30 Ogos nampaknya hujan turun dengan lebatnya, sampailah ke malam. Walaubagaimanapun saya keluar juga malam tu bawa anak-anak. Disebabkan hujan, orang pun tak ramai. Ramai yang duduk di rumah sahaja saya rasa. Tapi kalau malam sikit tu tak tahulah kerana saya keluar cuma setakat pukul 10.00 malam sahaja. Yang saya nampak cuma budak-budak bawah 12 tahun berkumpul beramai-ramai dengan basikal mereka. Meriah betul budak-budak ni. Hujan pun dia orang pulun jugak..
31 Ogos, saya bersiar-siar di pusat membeli belah yang lain pula. Nampaknya ada sambutan sedikit, daripada Warisan Seni ke apa, lebih kurang gitu ler.. Tak ingat sangat. Meriah jer nampak dia orang ni. Itulah sahaja aktiviti merdeka saya.
Walau apa pun, sekali lagi “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan”.
Hanya 2 video sahaja yang sempat saya rakamkan. Satu konvoi masa hujan dan satu lagi di Carrefour. Yang lain-lain tidak menarik sangat.
Gambar semasa menyanyikan lagu Negaraku.

Popularity: 14% [?]
Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com
31 Aug, 2007
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, hari ini, 31 Ogos 2007 genaplah usia kemerdekaan negara kita 50 tahun. Siapa yang lahir pada tahun 1957, bermakna usianya pun 50 tahun. Sebaya dengan kemerdekaan. Tahniah.
Negara sudah merdeka, adakah kita pun turut merdeka? Adakah minda kita turut merdeka? Adakah apa yang menjajah atau membelenggu diri kita seperti ibadat, kewangan, kebahagiaan, ekonomi, minda dan lain-lain pun turut dimerdekakan? Kita sendiri yang boleh jawab.
Oleh itu, sama-samalah kita bekerja lebih kuat, bersatu padu dan saling bekerjasama demi memartabatkan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini. Cipta sesuatu yang membanggakan dan diikuti oleh seluruh dunia. Hidup Malaysia.
Akhir kata, salam merdeka daripada saya kepada pembaca-pembaca blog ini khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Semoga kita lebih maju jaya di masa-masa akan datang dan mencapai apa yang kita hajatkan dunia dan akhirat.
Wassalam.
Popularity: 7% [?]
27 Aug, 2007
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Ya, negara kita sudah 50 tahun merdeka. Tapi adakah kita benar-benar merdeka? Saya pernah menanyakan soalan yang sama tahun lepas dan menghuraikannya panjang lebar.
Teringat lagi tahun lepas, selesai sahaja sambutan kemerdekaan, tiba-tiba domain Hasrul.com (domain asal blog ini) diban oleh Google. Oh! berdosakah aku? Haha.. Jawapannya padan muka.. Itulah, suka sangat buat eksperimen. Namun begitu banyak juga faedah yang saya dapat terutamanya untuk tajuk SEO. Tapi kena berkorbanlah (terkorban).
Sebab itulah saya bertukar kepada Hasrul.net sekarang. Walaubagaimanapun, domain .com tu masih lagi kepunyaan saya. Terpaksalah setiap tahun tambah $8.00 untuk renew dan menyimpannya sebagai pekasam. Emm… ada sape-sape nak beli ke domain pekasam ni? Malangnya saya tak jual..
PS : Tahun ini saya tidak buat pertandingan apa-apa sempena ulang tahun kemerdekaan ini. Agak sibuk sedikit. Apa rancangan anda pada 31 Ogos nanti?
Popularity: 7% [?]