Fadhilat Bangun Sepertiga Malam
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Adakah anda di dalam kategori liat nak bangun pagi? atau rasa seperti tidur tak pernah cukup? Harap-harap anda bukan dalam kategori yang saya sebutkan tadi. Tapi kalau nak tahu tipsnya bagaimana untuk bangun di awal pagi,? teruskan membaca.
Setiap orang diberikan masa 24 jam sehari, tidak lebih dan tidak kurang. Jika anda jenis yang banyak kerja, sudah tentulah 24 jam ini tidak pernah cukup. Kalau boleh hendak sahaja masa itu dipanjangkan kepada? 36 jam sehari. Kalau diberi pula, nanti ada pulak orang yang akan minta? 48 jam sehari. Itu memang tabiat semula jadi manusia iaitu tidak pernah cukup. Al-Insan.
Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana caranya untuk kita bangun seawal pagi iaitu pukul 3 pagi setiap hari tanpa rasa penat dan mengantuk. Anda sudah tentu lebih? arif mengenai fadhilat bangun sepertiga malam.
Caranya cukup mudah. Hanya perlu amalkan sahaja.
- Tidur atau rehat adalah sangat penting tetapi jangan jadikannya sebagai perkara utama di dalam hidup anda. Susun jadual anda supaya anda dapat tidur dengan cukup.
- Tidur yang cukup bagi orang dewasa adalah antara 4 jam? hingga 6 jam. Tidur seawal yang mungkin iaitu antara pukul 9.00 hingga 11.00 malam (Inilah rahsianya). Tidak perlulah menunggu rancangan kegemaran anda di televisyen kerana semuanya boleh didapati di internet. Saya pun hampir terlupa bahawa saya memiliki sebuah peti televisyen di rumah.
- Jika anda susah untuk bangun kerana diganggu oleh selimut (maknanya tarik selimutlah), jangan tidur di tempat kegemaran (di atas tilam), cuba tidur di atas lantai tanpa selimut. Dijamin tak senang tidur. Kalau masih tak bangun juga, lebih baik tidur terus tak payah bangun-bangun lagi.. hehehe..
Sudah bertahun-tahun saya mengamalkannya dan alhamdulillah sehingga kini masa saya sentiasa cukup dan hidup pun sentiasa tenang. Kalau tak percaya, cubalah…
Popularity: 24% [?]
Alhamdulillah bagi yang tidak susah utk bangun malam.
Sembahyang ini juga saya kenali sebagai sembahyang malam. Terdapat banyak fadhilatnya…dan salah satunya adalah apa yg kita mohon akan dipenuhi dan kadang2 itu kita tak pernah terfikir apa yg diberi adalah melebihi dari apa yang kita minta. ( cerita benar melalui pengalaman seorang sahabat)
Cara yang bagus…
nak tdo awl tu yg susah tu..hehehehe..
saya memang mengalami masalah pengurusan masa, sehingga beberap kali tk cukup tido. bila tk cukup tidor, kerja mulalah nk bertangguh. thanks for the tip.
Oh, tido atas lantai tanpa alas takleh gak..kang abes disedut zat2 tubuh dek lantai simen - sedangkan periuk pun leh tembus?
kawan saya ada cakap, ikut kajian waktu tdur paling bagus between 11pm-02am. Kalau tidur di amalkan antara waktu nie, komposisi lam tubuh akan jadi stabil.
p.s: bro..dah confirm ke kantoi nie?..
ktom >> setuju
faizal >> masa dulu-dulu pun saya susah juga nak tidur awal.
aad_lfcfn >> tidur memang kena cukup.. tak kiralah waktu bila pun..
rajablog >> tidur sekali-sekala jer.. jangan tidur hari-hari.. hehe
fff253264c633fc5886f…
fff253264c63…
buy levitra…
I wanted add your site to blogroll……
ac dc download mp3…
add to altavista……
>alhamdulilah,saya dapat ilmu tentang macamaana masa yang sesuai untuk tidur.
>klau tidur atas lantai simen pun tak boleh ,pasal lantai simen adalah pengalir cas terbaik.nak tau?.masa ribut petir cubalah berbaring.nah dapat rasakan karannya masa ptr nie kaboom.
>masa blaja dulu kat poli,saya suka tido ptg,malam lepak kat warong smpai pkl 2 pagi,balik tido smpai 7 bgn(tak solat subuh).kuliah smpai tghari,balik rumah kjp.tido lagi
dan gitulah smpai habis dip.
>satu lagi petuanya ialah klau tido atas tilam tu,pastikan
tilam nie banyak hama katil,untuk rasakan dia punya gatal-gatalnya.pasal hama nie bertelur kat kulit kita.
>klau tgk siri mr bean,dia buat satu ‘gadget’ pakai air panas curah kat kaki dia.