Fish Spa - Doctor Fish
Kelmarin semasa saya sibuk bershopping untuk tahun baru (sibuk-sibuk jer) di Tesco Melaka sempatlah juga merendam kaki di salah sebuah booth yang menawarkan perkhidmatan fish spa. Secara ringkasnya fish spa ni adalah rawatan kelegaan atau rawatan pada kulit kita menggunakan ikan. Biasanya ikan yang digunakan dari spesis Garra rufa dan Cyprinion macrostomus. Ikan-ikan jenis ini sahaja yang akan mengigit manja kaki anda. Jika anda ingin kesan yang lebih mungkin boleh menggunakan ikan kelisa, ikan keli atau piranha kerana gigitannya dikatakan lebih kuat
.
Mula-mula semasa anda mencecah air ke dalam kolah tersebut, ikan-ikan tersebut akan berebut-rebut menggigit kaki anda. Anda akan terasa kegelian. Saya hampir tergelak menahan geli di kaki. Tetapi disebabkan orang ramai menonton, terpaksa tahankan sahaja. Lama-kelamaan semuanya akan kembali normal. Jika anda ingin mendapatkan kesan lebih efektif, lakukannya berseorangan iaitu ketika tiada orang lain di dalam kolah tersebut kerana semua ikan akan hanya tertumpu pada kaki anda seorang sahaja.
Selesai rawatan lebih kurang 20-30 minit, saya dapat rasakan perbezaan pada kulit kaki saya. Terasa lembut dan ringan sedikit.
Popularity: 97% [?]




Hehe.. Kalau letak ikan piranha memang betul-betul kuat kesannya.. Silap-silap hilang kaki.. hehe..
hoho…
nak try gak laa…
tringin rasa gigitan manja ikan2 tu…
Macam best jer…. hari tu ada tengok orang buat, teringin nak rendam kaki tapi tak sempat. Kejar masa… mungkin ada kesempatan saya nak try..
Mmg best fish spa ni….Jika ada Pihak yang berminat untuk buka Kiosk Terpi Ikan ni, Hubungi Intan 017-3038757….
Kos berniaga FISH SPA biasa kena berapa?
Kami adalah syarikat yang membekal Ikan Spa Fish & Garrarufa termasuk KIOSK Terapi Ikan.Kami juga pengilang kosmetik, skincare,sabun etc.Pls call/sms/email 0193570373/72
http://inbeautyline.blogspot.com