Galeri Gambar Menarik (Flash)
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Minggu ini memang benar-benar sibuk. Saya baru sahaja menghantar tempahan kuih raya dan kerepek kepada pelanggan-pelanggan. Maklumlah tarikh tutup untuk tempahan kuih raya ialah pada 25 September. Jadi hari ini dan esok adalah tarikh untuk menghantarnya.
Di samping itu, ‘PPC Campaign’ pun sedang berjalan. Sebelum saya mulakan dengan fasa kedua untuk satu projek saya minggu hadapan, baiklah saya bermain-main dengan Adsense sebentar sambil merehat-rehatkan minda. Untuk itu, saya sedang ‘develop’ satu script supaya hasilnya hampir-hampir menyerupai hypervre.
Ada satu laman web menarik ingin saya kongsikan di sini. Jika anda berminat untuk memiliki galeri gambar interaktif menggunakan flash, anda boleh dapatinya di http://www.airtightinteractive.com/simpleviewer/ . Jangan risau, ianya percuma. Pada pendapat saya ia memang menarik. Maklumlah, pengunjung-pengunjung laman web kita ni kan ‘citarasanya’ tinggi. Hehe.. Terima kasih kepada Saudara Ihsan dari Kamaragroup.com (website ni hasil tangan saya dan team dulu) kerana berkongsi.
Sampai di sini dulu. Salam Ramadan dan salam ceria.
Popularity: 22% [?]

No comments yet.