Hari Raya Pertama Berjalan Lancar
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, berakhir episod raya pertama hari ini. Hmm.. semuanya berjalan lancar ditambah dengan langit yang sentiasa mendung, jadi tak ler panas sangat. Kalau tidak boleh pitam juga bila kena panas + sirap + kuih raya + ketupat + rendang + lemang + macam-macam lagi.
Hari raya pertama ni biasanya saya cuma beraya ke rumah sanak saudara yang dekat-dekat sahaja. Kali ni riuh sikit fasal anak saudara semakin bercambah bertambah. Bila adik beradik dah berkumpul apa lagi la kan.. ketawa sakan jer ler bila cerita kisah dulu-dulu. Sambil-sambil tu tak ketinggalan juga cerita projek terbaru.. Maklumlah orang bisnes ni kalau jumpa mesti cerita fasal projek. Hehe..
OKlah.. nak masuk tidur fasal esok nak sambung episod 2 pulak..
Popularity: 35% [?]


No comments yet.