Jangan Bersikap Penyangak

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya utarakan luahan hati seseorang. Sila ikuti tulisannya di bawah.

=============

Hari ini saya menumpang blog Saudara Hasrul untuk meluahkan segala yang terbuku di hati. Diharap lepas ni lega la sikit. Walaupun sikap saya yang boleh melupakan peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang singkat tapi peristiwa yang berlaku pada hari Selasa, 19/6/2007 ni betul-betul boleh dijadikan pengajaran kepada semua, khasnya mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan kepada semua amnya.

Di Malaysia ni, kalau kita pergi ke pejabat-pejabat kerajaan, macamana layanan yang kita terima agaknya? Adakah sangat baik, baik, memuaskan atau teruk sekali? Kalau setakat memuaskan pun kira ok la jugak. Biasanya… Mmmmmm… teruk kan. Lagi-lagi kalau yang datang tu orang-orang kampung, pakcik-pakcik yang macam ?blur? ke, lagi la tak dilayan. Ini bukan kata-kata kosong. Tapi kenyataan. Macam bapa saya, ada sekali tu dia pergi dengan pakaian dari kerja. Dah tentulah comot dan kotor. Yelah bekerja sendiri. Tak de sorang pun yang layan. Pegawai yang bertugas pun cakap tak nak pandang muka, main cakap-cakap gitu jer. Tak tahu la orang tua tu faham ke tidak. Esoknya nak follow-up orang tua tu datang pulak dengan pakaian ?smart? naik Storm. Terus dilayan baik-baik.

Walaupun tak semua begitu tapi???

Berbalik kepada peristiwa yang berlaku kepada saya pada hari Selasa, adalah seorang Pegawai Kementerian Dalam Negeri Cawangan Batu Pahat datang ke kedai sayauntuk menjalankan pemeriksaan tentang surat pengesahan membeli diesel. Kedai saya ni menjalankan perniagaan bahan-bahan binaan. Ada lori dan ada forklift.

Memang saya ada surat tu, tapi selepas banjir, surat tu pun dah melayang. Setahu saya surat pengesahan membeli diesel tu hanya yang membeli diesel menggunakan tong atau tujuan untuk penyimpanan dan kedai saya tidak langsung menggunakan tong ke apa ke, sebab stesen Petronas kat sebelah jer.

Tapi yang membuatkan saya geram, pegawai yang bertugas untuk membuat pemeriksaan tu bersikap sangat-sangat kurang ajar.

Antaranya saya bertanya, “Sebenarnya surat tu untuk apa?” Dia hanya jawab, “Mohon jer semula, prosedur dulu lain sekarang lain”. Kat sini jer dah tak menjawab soalan.

Saya kata lagi, “Dulu tak dibenarkan membeli dengan tong..” belum habis cakap lagi dia kata, “Kalau Petronas tak beri pakai tong, nanti saya suruh dia tutup ajer stesen tu”, kan kurang ajar tu…

Lepas tu dia terus membebel pepanjang seolah-olah saya ni menipu. Saya hanya berdiam diri sahaja, kalau diikutkan hati nak jer saya melawan, bukan lawan gusti hehehe, melawan mulut tapi saya sabar, sabar, sabar kan diri jer. Lagipun ada pekerja, ada pelanggan masa tu. Tak elok la nak gaduh-gaduh depan orang ramai.

Moral dari cerita saya ini, kita mesti menghormati orang lain, tak kira muda, tua, miskin atau kaya. Mendengar penjelasan orang lain akan membuatkan orang lebih menghormati kita dan yang penting budi bahasa yang baik dan bersopan santun. Inilah yang saya praktikkan dalam perniagaan, rendahkan ego, orang akan lebih menghormati kita walaupun kita lebih muda.

Dalam bahasa pasar jangan bersikap ?penyangak?. Buat Pegawai Pemeriksa En Hairul dari KPDNHEP cawangan Batu Pahat, bawak-bawak la berubah dari sikap yang negatif ke positif. Pakaian sopan santun jangan perangai hampeh. Kritikan ini bukannya untuk menjatuhkan tetapi kritikan untuk membina.

“Guru boleh ditemui di sekolah dan di rumah, bagaimanapun guru terbaik ialah pengalaman-pengalaman kita sendiri”.

====================

Popularity: 9% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

Comment by abdfatah
2007-06-25 10:41:31

tak cukup kursus lagi tu.. nak kerja sekali sekali dengan pi kursus tentang tatasusila berurusan dgn orang ramai. nampaknya tak ada makna la gaji naik kualiti kerja hampes. biarpun tak semuanya… yang sedikit tu je yang menyusahkan… alahai…

 
Comment by abdfatah
2007-06-25 10:42:57

sekali sekala kena pergi kursus tatsusila… jangan asyik kerja aje yang tahu, cukup bulan dapat gaji… hehe

 
2007-06-25 11:12:54

[...] adakah perlu sikap sedemikian rupa?? [...]

 
Comment by zaki
2007-06-25 22:39:01

Pegawai KPDN ni buat malu org melayu je la..

 
Comment by hasrul
2007-08-04 06:22:18

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merasa..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.