Kita Sudah 50 Tahun Merdeka
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Ya, negara kita sudah 50 tahun merdeka. Tapi adakah kita benar-benar merdeka? Saya pernah menanyakan soalan yang sama tahun lepas dan menghuraikannya panjang lebar.
Teringat lagi tahun lepas, selesai sahaja sambutan kemerdekaan, tiba-tiba domain Hasrul.com (domain asal blog ini) diban oleh Google. Oh! berdosakah aku? Haha.. Jawapannya padan muka.. Itulah, suka sangat buat eksperimen. Namun begitu banyak juga faedah yang saya dapat terutamanya untuk tajuk SEO. Tapi kena berkorbanlah (terkorban).
Sebab itulah saya bertukar kepada Hasrul.net sekarang. Walaubagaimanapun, domain .com tu masih lagi kepunyaan saya. Terpaksalah setiap tahun tambah $8.00 untuk renew dan menyimpannya sebagai pekasam. Emm… ada sape-sape nak beli ke domain pekasam ni? Malangnya saya tak jual..
PS : Tahun ini saya tidak buat pertandingan apa-apa sempena ulang tahun kemerdekaan ini. Agak sibuk sedikit. Apa rancangan anda pada 31 Ogos nanti?
Popularity: 7% [?]

Macam mana tahun domain tu di ban En. Hasrul?
Bila kita taip hasrul.com dan page yang lain kat google, tak diindex langsung.
c4b13b04e6f649271204…
c4b13b04e6f6…