Menulis Tanpa Henti

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

satisfactionSaya baru selesai membaca buku “Write Like A Maniac!”. Memang penuh dengan pengetahuan dan teknik-teknik menulis. Apa yang bagus di dalam buku ini ialah ia menunjukkan bagaimana kita dapat menulis dengan baik tanpa henti dan bagaimana bidang penulisan ini begitu mudah sebenarnya. Memang benar, itulah yang saya rasakan sekarang. Mungkin gaya penulisan saya pada kali ini lain sedikit (mungkin), tetapi inilah yang yang sedang saya cuba praktikkan daripada buku tersebut.

Masalah yang biasa kita hadapi bila menulis ialah seperti idea tiada, gangguan, malas ingin menulis, tidak tahu cara menulis dengan betul, emosi tidak stabil, mengambil masa terlalu lama, rasa seperti apa yang kita tulis tidak betul, terlalu banyak kerja dan pelbagai alasan lagi yang membuatkan kita malas menulis. Hasilnya, tiada tulisan tiada pendapatan. Itulah yang terjadi terutamanya di internet.

Dengan membaca buku ini, anda akan dibawa ke satu dimensi lain, iaitu bagaimana menulis tanpa henti seperti air, tanpa gangguan emosi dan tanpa halangan yang boleh mengganggu atau menyekat penulisan kita. Ia juga memberikan teknik-teknik bagaimana untuk menulis dengan laju, mendapatkan idea dan banyak rahsia menulis yang kita tidak terfikir sebelum ini.
Teknik-teknik yang diajar cukup mudah difahami dan adalah teknik-teknik yang betul bagaimana untuk melatih otak kita supaya cepat mengeluarkan segala idea dan pengetahuan dan seterusnya dipindahkan ke kertas atau skrin komputer.

Mengapa buku ini dinamakan “Write Like A Maniac!”? Ya, anda akan dapat menulis seperti orang gila.. Maksudnya anda akan menulis lebih laju, tanpa sekatan, idea datang bertubi-tubi dan anda akan lebih suka menulis selepas ini. Sungguh banyak faedahnya. Yang paling penting, anda tidak perlu membayar beratus-ratus ringgit atau dollar, hanya dengan pelaburan $9.00 sahaja untuk buku yang sebagus ini.

Maaf… Promosi telah ditutup.?

Popularity: 9% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com


RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Comment by Masrule Hamid
2009-01-01 10:41:52

Nice & good info! Keep u’r good works…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.