Motivasi, Perancangan dan Cita-cita
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Saya baru sahaja lepas kemaskini website Impian Wanita. Sekarang adalah masa lebih kurang 15 minit untuk update blog ni. Banyak lagi kerja yang belum selesai. Ini pun baru selesai melawati blog-blog yang baru diupdate seperti blog norakmal, dr irfan, zool dan lain-lain.
Untuk hari ini, saya ingin membawakan anda kepada satu masalah yang menimpa rakan-rakan kita, sama ada kita kenali atau tidak. Tidak kiralah bidang apa pun, tetapi matlamat atau golnya tetap sama. Iaitu mencapai apa yang dihajatkan. Masalah cepat berputus asa.
Jika mengikut statistik, 95% (perniagaan internet) akan gagal. Statistik ini tidak akan berubah, jika berubah pun sedikit sahaja. Adalah mustahil jika 100% akan berjaya. Bermakna jika kita memasuki arena ini, kita pasti berjaya. Tidak mungkin. Cuma kita sebagai “pelakon di dalam filem ini”, dapat membarisi kelompok 5% yang berjaya itu. Itulah harapan anda dan saya. Betulkan?
Saya berikan contoh. Jika 100 orang di dalam barisan ini, bermakna 5 orang yang akan berjaya. Katalah kita berada di kedudukan ke-6, bermakna kita gagal. Sebenarnya tidak mengapa. Itu adalah asam garam kehidupan. Mesti ada kekurangan di dalam diri kita untuk bersaing dengan 5 orang tadi.
Apa yang perlu kita buat? Tambahkan ilmu, tambahkan kekurangan yang kita ada, dan kita cuba lagi di tahun hadapan. InsyaAllah di tahun ke-2 ini, kita akan lihat peningkatan tetapi kita tidak gagal atau mungkin tahun inilah tahun emas.. Siapa tahu? Jadi jika anda rasakan diri anda ‘looser’ atau sentiasa malang, perbetulkan diri, tambahkan ilmu dan berdoa kepada Allah. Yakin dengan pertolongan Allah Yang Maha Besar. Jangan putus asa, kejayaan pasti menanti jika kita betul-betul melalui jalan yang betul. Kalau ikut jalan mati, memang jawabnya takkan tiba sampai bila-bila.
Kebanyakan daripada kita suka mengambil jalan mudah. Buat kerja separuh jalan. Saya tahu, kerana saya telah berjumpa dengan pelbagai karenah manusia dan 90% yang saya temui semuanya seperti yang saya sebutkan di atas.
Sebagai contoh, adalah beberapa rakan yang nak belajar fasal Adsense. OKlah.. Saya ajar, tetapi semuanya saya lihat buat kerja separuh jalan. Macam mana tu? Bukan sikit, tapi ramai. Daripada situ saya tahu, mengapa ramai sangat yang gagal. Daripada ramai-ramai tu, tinggallah sorang jer ni. OKlah. Saya nak tengok sampai mana. Tapi setakat ni alhamdulillah, konsisten dan saya pasti dia boleh kerana dari dulu lagi memang rajin orangnya dan sentiasa mengikut spec yang saya cadangkan.
Kekuatan mental memainkan peranan paling penting. Tanpa mental yang kuat dan kental, apa-apa kerja pun tak menjadi lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan. Teringat saya semasa dalam persatuan lumba basikal dulu. Masa tu mula-mula training, kena panjat bukit guna mountain bike. Bukit dah ler curam, tinggi pulak tu. Dalam hati berkata, mesti boleh. Yelah, belum mula lagi kan, mesti ler kata boleh. Tapi bila sampai suku sahaja, terasa peha macam nak pecah. Nafas macam dah tak cukup. Dari bawah terdengar jurulatih jerit “Mental nak kena jaga. Mental!!”. Jadi bila saya dengar dia menjerit tu, saya cuba fokuskan mental, dalam hati cakap “Boleh.. boleh.. Peha, you shut up!”. Saya teruskan sampai ke atas. Boleh rupanya. Bila dah sampai atas bukit tu, barulah rasa lega. Keesokan harinya, buat benda yang sama. Kena panjat bukit tu lagi. Tapi, dah tak rasa apa dah. Kayuh selamba jer. Kerana kita sudah berpengalaman. Apa yang saya lalui semalam adalah fenomena pengalaman pertama. Fenomena ni hanya berlaku bila pertama kali kita lakukan sesuatu. Ya! Kekuatan mental sebenarnya yang membawa kita sama ada ke depan atau berpatah balik. Mental adalah ketua kepada anggota badan kita.
Kesimpulannya, walau apa pun rintangan yang datang, kita mesti hadapi. Jangan lari. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Uruskan masa sebaiknya. Cuba capai cita-cita secepat mungkin sebelum layu. Lebih pantas anda bergerak, lebih cepat anda mendapat hasilnya.
Itulah sahaja update saya kali ini. Ceria-ceria selalu.
Popularity: 11% [?]

hi hasrul..yer..akupun tgh focus belajar adsense skang ni. Meskipun kadang2 tak dpt nak focus sbb ingat adik aku kat hospital masih coma..tp aku perlu kuatkan semangat anggap apa yg berlaku satu dugaan.
Aku ingin jadi 5 drpd 100 tu..dimana kedudukan aku skang..uh..terlalu jauh, tp itu tak penting yg penting aku sentiasa berusaha dan tak patah semangat utk mencuba..
Ya.. Teruskan usaha.. jangan patah semangat.
Adik catz masih koma lagi yer? Macam mana perkembangan sekarang? Doktor kata apa?
Asmkm bro hasrul , apa khabar? Shueqry here. Ini kali pertama saya letak komen di blog bro Hasrul.
Saya juga pernah melalui latihan basikal yang sama, time nak ikut triathlon. Tenok bukti tu, memula macam boleh panjat, last-last naik keras paha dibuatnya. Dari situlah saya membuat kesimpulan, kekuatan mental kena lebih dari kekuatan fizikal.
Menjadi seorang perenang, latihannya bukan calang-calang. Kalau orang lain dah lama give up, sebab latihan renang memang teruk.
Berkat dari situ saya banyak belajar tentang positive thinking, mental dan usaha konsisten. Kemudian, saya aplikasikan pada apa jua yang saya lakukan.
Bersemangat saya membaca artikel kali ini !
- shueqry -
Wa’alaikum salam shueqry. Baik, alhamdulillah.
Betul tul shueqry. Kita lihatlah juara-juara dunia. Bagaimana latihan mereka. Kalau semangat dan mental tak kuat, memang tak boleh tahan. Sebab itulah kita kena tahan walau macam manapun dugaannya. Be positive, that’s right.
Thanks.
maaf ini adalah “komen paksaan dari saya” wuahahahaaa…
yer betul… dengan latihan yang berterusan dan dengan usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa. jadikan pengalaman silam sebagai pedoman untuk maju ke hadapan…
Maaf kalau memaksa.. haha..
Maaf ini adalah “komen balasan paksaan dari saya” hehe..
Ya betul tu..
Perkataan “MAAF” ni tengah popular kat Malaysia..
hi hasrul, my brother still coma and maybe become disable person. But, to be honest we still putting a hope that he will fully recover.
p.s - please reply my TAG..hehehe..just for fun
Sorry to hear that..
Kami doakan dia akan sembuh sepenuhnya.. Sentiasalah berdoa.. Hanya Allah yang Maha Berkuasa..
p.s - Yup.. tag tu saya akan balas.. tengah fikir2 ni apa yang pelik pasal diri saya.. Susah betul takde yang pelik pulak..
………’kekuatan mental untuk melakukan sebarang pekerjaan adalah lebih mudah jika tidak menemui perkataan ‘putus asa’………..dan tiadalah maknanya kejayaan dan kesenangan yang diraih itu jika tidak ada sifat menghargai dan berterima kasih…..
Jika kita tahu visi dan misi kita, teruskan hingga berjaya. Jangan toleh ke belakang lagi.
Yup, sentiasa bersyukur dan berterima kasih.
bagus artikel ni. Saya pun perlu ada masalah diri dan attitude yang saya cuba perbaiki.
tapi kadangkala saya rasa kalau buat berkumpulan lagi ok sebab kita akan rasa segan(atleast) kat orang. Tapi ye lah, takkan nak bergantung kat orang lak kan.
Selamat kembali Ramz.. Syukur awak selamat.
Ada sesetengah perkara yang bagus tentang diri kita, teruskan. Ada juga yang tidak bagus, ubah. Perlukan pengorbanan dan ketekunan.
Kalau berkumpulan ni memang bagus, tapi bergantung juga kepada ahli dalam kumpulan tu sendiri. Kalau ahli-ahlinya ngam, insyAllah berjaya
. Kalau ahli-ahlinya lemau, bencana.