Panduan Dropship - Model Perniagaan Dropship
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Hmm.. sudah lebih seminggu tidak menulis di sini. Mesti ada yang penat keluar masuk keluar masuk kan… Maaf ya. Hari ini saya ingin menulis fasal panduan dropship. Sebenarnya bukan panduanlah, cuma perkongsian.
Saya baru habis buat research untuk pasaran dropship dan pemilihan shopping cart yang sesuai untuk produk-produk dropship tersebut. Di samping itu saya juga sedang menyiapkan sebuah membership site, maka untuk website-website yang lain, terpaksalah bercuti (tengok sekejap-sekejap sahaja). Sebab itulah lama tidak menulis di sini.
Model perniagaan dropship ialah suatu model perniagaan internet di mana penjual tidak memiliki stok yang dijual. Stok tersebut disimpan oleh pembekal yang kita panggil dropshipper. Barangan yang dibeli oleh si pembeli akan dihantar terus oleh dropshipper kepada pembeli. Dengan lain perkataan, si penjual tugasnya menjual dan dropshipper tugasnya menghantar barangan.
Perkara yang paling utama dan yang pertama mesti kita lakukan ialah research. Itu biasalah. Dalam perniagaan internet dan juga perniagaan-perniagaan konvensional, research adalah perkara yang paling utama. Jangan main ceroboh sahaja. Tak fasal-fasal kena tendang (tak boleh bersaing).
Research yang utama ialah pemilihan produk. Produk apa yang kita boleh jual, kurang persaingan dan permintaan tinggi. Maksudnya niche ler kan. Harga juga memainkan peranan yang penting. Tanya diri kita sendiri. “Boleh ke aku jual barang ni?”, “Apakah cara-cara yang akan aku gunakan untuk mempromosikannya?”, “Siapakah yang akan menjadi pembekal (dropshipper)?”. Tepuk dada tanya selera. Jika rasa-rasa boleh, bina keyakinan dengan membuat sedikit research untuk menambah pengetahuan tentang pasaran dan barangan yang kita akan jual tersebut.
Untuk perniagaan dropship, modal pun kena sediakan juga sebenarnya. Walaupun kita menerima bayaran dahulu daripada pembeli, tetapi belum tentu dropshipper menerima bayaran melalui Paypal (Itupun jika pembeli menggunakan Paypal). Jika kita menawarkan cara bayaran melalui 2checkout bayaran hanya diproses seminggu sekali dan akan clear di bank kita agak lama sedikit (Kecuali kita mempunyai akaun bank di US, UK dan beberapa bank lagi yang disenaraikan oleh mereka). Oleh yang demikian, bukankah kita terpaksa menggunakan duit kita dahulu untuk membuat tempahan dengan dropshipper? Sudah tentu. Ada dropshipper yang bagus, saingan tinggi pula. Inilah beberapa kepayahan yang akan dihadapi bila kita membuat model bisnes dropship.
Kesimpulannya, model perniagaan dropship adalah salah satu perniagaan internet yang cukup bagus. Walaupun nampak rumit tetapi membolehkan kita menjual apa sahaja yang kita mahu.
Popularity: 12% [?]

TQ ^_^ Perkongsian yang baik.
Pembaca Suduko Gambit
Menarik blog:
http://www.menarik.com/blog/
Boleh berikan dropshipper di malaysia yang anda tahu?
Saya setuju dengan saudara hasrul. Modal juga diperlukan di dalam perniagaan ini (terutamanya jika pembaran menggunakan kad kredit, paypal dan check2out).
So, pertimbangkan modal yang sanggup dilaburkan sebelum join dalam dropshipper ini..
Suduku Gambit: Dropshipper Malaysia setakat ni saya cari takde kecuali Dropshippernetwork.com
Bujang Jutawan: Tulah.. tapi biasanya taklah banyak modal jika kita bandingkan dengan bisnes tradisional.
d72fbb82055f05f98b1f…
d72fbb82055f…
saya berminatlah.leh tk u call me for ketrangan lanjut.0133357277
77eb5add609ee42bcdb3…
77eb5add609e…