Panduan Menulis

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

white paper

Adakah anda suka menulis? Saya tahu mesti ramai yang tidak suka menulis. Membaca sukalah kerana tak perlu fikir-fikir… betul tak?

OKlah.. Hari ini saya ingin menurunkan sikit bagaimana caranya untuk menulis dengan tanpa tersekat-sekat. Kita biasa dengar ayat-ayat seperti “Aku takde idealah…”, “Nak tulis apa yer?…”, “Apa lagi nak tulis yer..”, “Macam tak best jer…” dan bermacam-macam alasan yang kita cipta sendiri supaya kita berhenti menulis.

Saya harap panduan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda yang selalu berfikir susah sangat untuk menulis.

Panduan Menulis Yang Mudah:

  1. Sebelum menulis,? tulis point-point penting yang anda ingin disampaikan (kadang-kadang saya pun tak buat ni - contohnya untuk post ini pun saya tak buat, cuma bergantung pada apa yang ada di dalam kepala sahaja). Tanyakan soalan banyak-banyak untuk diri anda sendiri supaya anda dapat menjawab soalan tersebut.? Jadikan ia sebagai point.
  2. Tulis secepat yang mungkin. Jangan tunggu-tunggu. Tidak kiralah ayat tunggang-langgang ke, tak sedap ke atau tidak kena. Jangan risau. Biarkan sahaja. Yang penting teruskan menulis. Jangan tersekat-sekat. Teruskan sahaja menulis untuk melatih otak anda supaya berfikir pantas.
  3. Cuba bayangkan anda sedang bercakap dengan seseorang. Contohnya tajuk tulisan anda ialah “Cara Bermain Gitar Dengan Betul”. Bayangkan anda sedang mengajar seseorang mengenai cara bermain gitar. Cara ini akan menyebabkan tulisan anda lebih natural dan lebih personal. Orang yang membaca tulisan anda pun akan merasa seolah-olah anda sedang bercakap dengannya.
  4. Buat latihan hari-hari. Tulislah apa yang anda hendak tulis. Saya ada menyediakan satu blog khas untuk latihan ini. Tapi bukan untuk siapa-siapa, untuk diri saya sendiri. Namun begitu, ada juga trafik dari enjin pencari. Tapi siapa yang masuk tu mesti bingung. Entah apa-apalah yang saya tulis di situ. Tapi tidak mengapa, ia sebagai latihan dan memang menjadi. Caranya, tulis apa sahaja yang terfikir di minda anda. Jangan risau tentang tatabahasa atau ayat yang tunggang langgang itu. Anda sedang berlatih untuk menulis dengan laju. Bukan membina ayat yang indah-indah.
  5. Sesetengah orang lebih suka menulis dalam gelap, terang, bising, dibantu dengan muzik dan bermacam-macam cara lagi. Carilah kaedah? yang sesuai dengan? anda.
  6. Penat? Cuba menulis semasa anda penat, runsing dan tiada idea. Kadangkala hasilnya lebih baik daripada ketika anda segar.? Otak? kita sebenarnya? sentiasa berfikir untuk? mencari jalan keluar walaupun? ketika sedang tidur.
  7. Akhir sekali, setelah habis menulis barulah anda edit ejaan, tatabahasa, tambah yang mana patut supaya ia menjadi lebih sedap dan enak.

Diharap selepas ini, anda lebih bertenaga untuk menulis tanpa henti.

Baca juga:

Cabaran Menulis Selama 40 Hari
Motivation To Success
Online Bisnes Forex
Satu Billion Spam

Popularity: 20% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by aman
2007-03-23 17:32:41

hang tak join skaki ker?

 
Comment by hasrul
2007-03-23 17:52:20

dah join dah…

 
Comment by ramzwatcher
2007-03-23 18:24:34

bro, nie kire trackback utk join ke? klo ye nanti saya add list kat situ..

 
Comment by ramzwatcher
2007-03-23 18:24:52

bro, nie kire trackback utk join ke? klo ye nanti saya add list kat situ..

btwn, nice tips. :D

 
Comment by online bisnes
2007-03-23 18:34:00

thanks bagi pingback.
wah..tambah lagi member join..
lagi ramai lagi bagus..
hehe..perasan sesuatu yg same ngan blog kite tak? ;)

 
Comment by dik mal
2007-03-23 21:09:05

Assalamualaikum bro :)

waa..best juge yer…ade blog tuk conteng…apa2 aje…tp nanti org curi idea kite mcm mane? [kedekut pulak aku ni]… :D

dik mal pulak..mendisplinkn diri @ paksa diri untuk baca sikit bhn bacaan…every week…n catat apa2 aje idea yg terlintas dlm diary….dlm diary tu la sumenyer..kalo ilang diary tu..habis la den…huaaaaaa

p/s : maceh bro..link ke blog dik mal :) ..

 
Comment by cikgunurul
2007-03-23 23:37:20

teringin nak tulis dalam english :)..tulis manglish leh lee:))

 
Comment by hasrul
2007-03-24 01:32:41

ramz.. yes.. trackback untuk join

 
Comment by hasrul
2007-03-24 01:41:48

online bisnes >> memang dah lama perasan.. hehe takpe kembar siam..

dik mal >> Boleh pinjam diari? Mesti diari dah macam kitab ni kung fu nie..

cikgunurul >> kalau nak tulis, tulis jer… jangan dirisaukan sangat.. sebenarnya saya memang dah lama untuk membantu dalam english… tapi tak berkesempatan… Kalau ada sape-sape nak tolong sangat-sangat dialu-alukan..

 
Comment by JimieRay
2007-03-24 02:14:51

Hasrul…thanks ur info.
Kiranya kalau masakkan time tu kira taruk jer la apa yg nak…lepas tu baru masukkan perencah secukup rasa..

Idea yg bagus ni, kena praktis lepas ni. Tapi bagi Jimie idea tu datang time tengah drive la…

 
Pingback by Sepintas Hari Ini
2007-03-24 03:46:39

[...] baru sahaja updates cabaran 40 hari dan peserta telah bertambah ke 7 orang. Selamat datang kepada brother Hasrul dan nousy Shah dan [...]

 
Comment by hasrul
2007-03-24 04:13:24

JimieRay >> hmm.. masa memandu.. kena siapkan perakam suara tu.. memang kelas..

 
Comment by RajaBlog.info
2007-03-24 18:25:48

oh, memang jimatkan masa tu :D

rugi gak kan duk lam jam tu duduk lepas tension aje? baik gak kalo perah otak utk idea

barulah demi masa.. :D

 
2007-05-03 09:37:44

[...] Akhir sekali, setelah habis menulis barulah anda edit ejaan, tatabahasa, tambah yang mana patut supaya ia menjadi lebih sedap dan enak. dipetik dan diringkaskan dari hasrul.net: Panduan Menulis [...]

 
Trackback by benalnatura pics
2007-12-04 14:09:41

JANE GLEN HAAS: Marriage: Would…

For a long time, I’ve had this theory that marriage - long term or second term - is becoming a…

 
Comment by cikgooden
2008-03-05 18:04:18

nice essay…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.