Pindah Hosting
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Semalam saya ditegur oleh isteri saya, “Bang! Bila nak update blog? Boring ler hari-hari tengok benda yang sama jer..” Oh.. nampaknya isteri saya pun dah pandai merungut kalau blog saya ni tak diupdate. Hmm… sekarang pun beliau sudah menjadi pembaca blog saya yang setia. Sebelum-sebelum ni, dia buat tak tahu sahaja.. hehehe.
Sebenarnya saya sibuk sikit (sibuk memanjang). Ada beberapa laman web saya yang terpaksa dipindahkan ke hosting baru. Untuk memindahkan fail-fail ini, sudah tentulah memerlukan perhatian yang lebih, ditakuti ada yang tertinggal dan sebagainya. Di samping itu, 2 laman web terbaru saya juga sudah 80% siap. InsyaAllah dalam masa 2 minggu sudah boleh mula beroperasi. Nak tahu apa dia? Tunggu….
Sejak 2 bulan kebelakangan ini banyak cadangan-cadangan yang saya rasakan kurang bertenaga di antaranya blogger diwajibkan mendaftar dan yang terbaru cadangan melupuskan kenderaan yang umurnya melebihi 15 tahun. Terima kasih kepada perdana menteri kita, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi kerana dengan mudah menolak supaya blogger didaftarkan. Alasan yang cukup mudah pada saya, kerana kita adalah negara bebas, apa yang kita hendak tulis kita tulislah. Kalau rasanya mengancam keselamatan, menghasut, tangkap sahaja dan kalau memfitnah, saman. Senang sahaja.
Yang paling penting ialah kesedaran membaca dan menulis di kalangan masyarakat Malaysia. Di samping itu pengasahan kemahiran menulis dan perkongsian ilmu yang efektif. Perspektif ini yang patut kita lihat sebenarnya. Apa salahnya jika pihak yang berkenaan memberi galakan yang sungguh-sungguh supaya blogger-blogger yang semakin meningkat bilangannya menyumbang ke arah ilmu yang lebih bermakna supaya dapat dikongsikan bersama?
Apakah rasionalnya untuk melupuskan kereta yang berumur lebih 15 tahun? Andaikan jika saya memiliki kereta yang tua ini dan dilupuskan, adakah khidmat pengangkutan awam sudah boleh memberikan perkhidmatan setiap 15 minit? Adakah harga kereta-kereta baru dapat diturunkan? Adakah pihak bank dapat memberikan jaminan yang pinjaman akan diluluskan? Adakah ia dapat menjimatkan wang rakyat? Adakah majoriti rakyat mampu? Adakah jumlah kemalangan maut dapat dikurangkan? Sila jawab..
Video di bawah adalah salah satu cara untuk melupuskan kenderaan anda. Enjoy the video.
Popularity: 7% [?]


Yang payahnya ialah golongan bawah seperti golongan OKU. Nak dapat lesen kena ada kereta. Nak dapat potongan harga kereta dari JKM, kena ada lesen. Peninglah…
Kalau nak beli kereta Kancil, bank dah tak bagi loan. Nak beli kereta, minyak pula asyik naik. Nak naik bas, memang tak sesuai.
Jadi, golongan OKU yang asyik tertekan. Ada ijazah dan diploma pun, tidak menjanjikan pekerjaan.
> Badruzamani
Sabar jelah.. tu la kerenahnya dalam perkhidmatan kerajaan.
> Hasrul
Saya pun tak setuju jika kenderaan yang berusia lebih daripada 15 tahun dilupuskan. Apa yang saya faham, apabila dilupuskan, syrkt pelupusan akan beri Rm5,000 kepada pemilik kenderaan tersebut tetapi Rm5,000 dijadikan deposit untuk kereta baru.
Dari situ saya dapat lihat ianya tidak ekonomi langsung. Ini bermakna rakyat Malaysia akan terus menerus menangung hutang (hutang yang tidak memberikan pulangan kepada mereka - hutang buruk) sepanjang hidup mereka. Ini menjadikan hutang kereta adalah lebih besar daripada hutang rumah jika cadangan ini dilaksanakan….
Apsal pindah hosting? Sumthin tak support cam PHP 5 ke hape? Atau servis current hosting tak best?
badruzamani >> itulah.. saya pun simpati juga dengan golongan OKU kat Malaysia ni..
bujangjutawan >> setuju tu..
mesol >> website yang market international saya pindahkan ke server US. Lagipun saya memerlukan space yang lebih besar… jadi ada website yang guna sikit space, saya pindahkan ke hosting yang kecil, dan begitulah sebaliknya.
datakl.com kan ada