Promosi, Produk dan Khidmat Pelanggan
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Hari ini baru dapat menulis. Sebenarnya saya baru pulang dari Kuantan, ada urusan di sana sambil bercuti dengan keluarga. Buat masa ini, tempat yang paling saya gemari untuk bercuti ialah Kuantan. Tak tahu mengapa, tapi itulah hakikatnya. Apa yang paling menarik dan saya gemari ialah pantai, tempatnya relaks, dan makanannya sedap. Dua tempat makan yang tidak lengkap jika tidak dilawati ialah Restoran Sara Thai (cuba lihat di Google, nampaknya semua kata makanan di restoran ni sedap) dan satu warung di hujung Tanjung Sepat (malangnya haritu warung ni dah takde, tak tahulah dah pindah ke atau tutup - warung yang ada signboard Coca-Cola besar tu).
MS Garden, hotel yang kami tinggal pun sudah berubah wajah nampaknya. Warna yang lebih menarik (warna ni ler yang isteri saya rancang nak gunakan untuk ruang tamu kami). Perkara yang paling seronok ialah pihak hotel sedang menjalankan ujian untuk sambungan streamyx mereka. Jadi ianya percuma sehingga 1 Jun kalau tak silap saya. Apa lagi, meriahlah. Maklumlah dunia maya pun dunia kita juga kan. Maka bila dapat ‘online’ terasa seperti ikan yang sedang tercungap-cungap dimasukkan semula dalam air. Fuh, lega rasanya.
Dulu saya suka ke Cherating, tetapi disebabkan hotel di sana sudah tidak menarik lagi, jadi sekarang saya cuma sampai Kuantan sahaja. Lagipun Teluk Cempedak kan ada.
Dalam perniagaan, elemen yang paling penting dan paling utama ialah produk dan pelanggan. Tanpa produk, masakan ada pelanggan. Tanpa pelanggan, siapalah kita sebagai peniaga, betul tak? Samalah juga seperti “siapalah artis tanpa peminat” atau “siapalah suami tanpa isteri”.
Bagaimana untuk mendapatkan pelanggan? Sudah tentulah dengan memberitahu kepada bakal-bakal pelanggan melalui iklan, promosi atau mulut ke mulut. Maknanya kita kena beritahulah iaitu apa yang kita panggil “awareness”. Gunalah pelbagai cara untuk menarik perhatian asalkan beretika.
Tamat bab “awareness” tadi. Kita masuk bab yang paling penting sekali iaitu produk dan khidmat pelanggan. Biasanya pelanggan lebih gemar berurusan dengan siapa yang dia kenal atau sudah biasa. Bila pelanggan dah ada, kekalkan kualiti produk kita. Ini paling penting. Sebagai contoh, ibu saya kata “Jika kita menjalankan perniagaan makanan, jika tukang masak favorite tiada, baik cuti. Jangan buka restoran atau warung”. Lebih baik pelanggan berkata “Ah! tutup pulak hari ni” daripada “Kenapa tak sedap pulak hari ni?”. Point di sini ialah jaga atau tingkatkan kualiti yang sedia ada. Jangan sesekali buat silap.
Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan. Saya pernah bekerja dengan salah sebuah syarikat korporat yang terkenal di Malaysia. Disebabkan kualiti produk yang tidak dijaga (kesilapan teknik) hampir separuh pelanggan setia lari kepada syarikat pesaing secara mendadak. Sudah tentu pelanggan yang lari tadi amat payah untuk kembali semula, apa lagi jikalau tempat baru tu lebih baik atau sekurang-kurangnya sama servisnya.
Saya sendiri pun begitu juga sebenarnya. Nak kata cerewet, entahlah. Kalau gunting rambut, saya hanya akan pergi ke satu kedai sahaja. Sama juga kalau makan di warung, tinggal di hotel, hosting dan lain-lain, apabila sudah puas hati dengan servis dan produk yang ditawarkan, sudah tentulah saya tidak akan pergi ke tempat lain dan saya yakin kebanyakan orang pun begitu. Di samping itu, sudah tentulah jika ada sesiapa bertanya di mana untuk mencari produk-produk tertentu saya akan ‘recommend’ dengan senang hati.
Kesimpulannya, apabila kita berniaga, buat promosi >> jaga produk >> jaga pelanggan.
Popularity: 22% [?]


betul tu hasrul, hati pelanggan mesti dijaga. sekarang ni tgh kempen pengguna bijak, maklumlah kakitangan kerajaan naik gaji, peniaga pun ada ambil kesempatan nak naikkan harga barang.
selain kualiti dijaga, servis dan harga pun kena diambil kira, serba serbilah kata orang.
kat summit batu pahat ada 2 kedai handphone yg bersebelahan. saya dan wife pergi yg sebelah kanan, sbb servis bagus. orang ramai tunggu takpe. tak sombong. kedai sebelah kiri tu sombong.
tanyapun nak nak tyak jawab
saya pun banyak kena belajar pasal benda ni bro. Boleh saya menuntut dengan bro? hehe
Kalau kat kedai2 makan ni.. sesetengahnya berebut-rebut pelanggan. Macam main tarik2 la plak. Kalau makan kat kedai makan tu, kena duduk kat kedai situ gak, tak boleh duduk kat meja kedai lain..
Sekali tengok macam bermusuhan plak antara kedai-kedai makan ni walaupun sebelah menyebelah. Apa yang sedihnya, tokei kedai makan tu Melayu… adus…
[...] lepas saya ada membuat post mengenai perjalanan saya ke Kuantan. Minggu ini pula saya bersantai di Melaka. Nampaknya setiap [...]
saya tu juga buka kedai dijakarta, kedai celup yg jual nugget ceritanya, tapi orang-orang sini tu ga ada yang doyan makan macam ni, jadi kedai saya otomatis gak da yang beli, dimalaysia ada gak warung nugget dan kentang goreng jalanan yang laris, kalo ada kenapa juga tu dia bisa laris? assalamualaikum, terimakasih…
yusli: Yup.. layani pelanggan dengan mesra. Pelanggan mempunya pilihan.
ramzwatcher: Ilmu yang mana satu ni? hehehee
BujangJutawan: Itu adalah salah satu masalah yang kita tengok dalam perniagaan kedai makan ni.
bobby: Oh.. di sana nugget tidak popular ya.. Kita lihat contoh seperti KFC. Semasa awal-awal dahulu orang susah juga untuk menerimanya. Mereka terpaksa melakukan promosi besar-besaran. Ambil masa yang lama. Jadi kalau menjual produk-produk yang baru dikenali, promosi dan pengenalan yang amat penting. Jika tidak sanggup tentang itu, cari produk yang orang gemari. Kita tidak ada pilihan..
Sama juga seperti perfume, citarasa orang US dan rantau ini berbeza. Ada jenama popular di sana, tetapi tidak di sini.
a26717741bfde39ed833…
a26717741bfd…
yup saya setuju dengan pandangan awak.
saya pun sentiasa menjaga hati pelanggan di http://www.anggunjelita.com dengan memberi produk yang berkualiti dengan servis yang pantas.
noor
http://www.anggunjelita.com
Maltik Advertising memberikan pelayanan untuk promosi produk-produk dan juga perusahaan anda dalam bentuk :
1. Audio Visual.
2. Buku Profil perusahaan.
3. Media Kampanye, Promosi, dan Pemasaran.
4. Iklan Cetak, CD interaktif & Multimedia, dan Animasi.
5. Photography & Video Shooting.
6. Merchandise.
http://www.maltik.com