Pulang Dari Pertapaan Di Gunung Jerai

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Akhirnya kembali juga saya. Sudah lama saya menghilang baru hari ni dapat menulis. Perjalanan yang amat panjang dan berliku-liku. Bila saya dapat menulis semula di sini bermakna selamatlah saya menjalankan pertapaan yang disarankan oleh guru yang datang dalam mimpi.

Ceritanya begini. Beberapa minggu yang lepas, ketika saya sedang tidur tiba-tiba saya bermimpi didatangi oleh seorang tua yang segak jugalah, berjanggut hingga ke dada, berserban dan berjubah putih. Dalam mimpi tersebut boleh dikatakan semuanya serba putihlah. Di sekeliling saya nampak seperti satu perkampungan orang dulu-dulu tetapi tiada penghuni. Hanya kami berdua sahaja. Biarlah saya panggil orang tua tersebut dengan panggilan ‘Tok Guru’ sahaja.

Sebermula, ‘Tok Guru’ datang dalam mimpi saya.

Tok Guru memulakan bicara, “Cucu ku, giliran kamu sudah sampai.”

Saya bertanya “Giliran apa tok?”

Tok Guru menambah “Lengkapkan diri.”

Saya bingkas bangun kehairanan “Lengkapkan diri?”

Belum sempat saya bertanya dengan lebih lanjut, Tok Guru hilang tiba-tiba. Dalam mimpi tersebut saya terpinga-pinga hinggalah saya tersedar. Astaghfirullah.. Mimpi rupanya. Saya biarkan ia berlalu…

Keesokan harinya Tok Guru datang lagi dalam mimpi saya.. masih mimpi yang serupa tetapi kali ini di kawasan hutan pula..

Hinggalah hari yang ke tujuh, saya tidak boleh tahan lagi.. Saya pun bertanya pada seorang yang tahu fasal mimpi-mimpi ni..? Katanya saya perlu bertapa. Bertapa? Ini perkara baru dalam hidup saya. Katanya lagi saya perlu bertapa di Gunung Jerai. Jauhnya.

Oleh kerana mimpi datang berturut-turut, saya ikutkan juga. Mungkin ada sesuatu di sebaliknya. Saya pergi juga hinggalah ke hari ini baru saya pulang ke rumah. Tetapi belum tamat lagi. Saya akan menyambung pertapaan esok hinggalah ke satu tarikh yang akan diberitahu nanti. Saya pun agak letih sekarang, maklumlah satu hari makan satu biji nasi sahaja. Jadi saya ingin berehat. Tunggu post saya yang seterusnya sekembali dari pertapaan.

Jika anda ingin memberikan komen, silakan.. saya akan jawab selepas saya kembali nanti.

Popularity: 7% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com


RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

Comment by Zul
2007-07-15 22:30:58

Menarik sungguh cerita ni. Boleh tahu apa kesudahannya?

 
Comment by zool
2007-07-19 08:28:24

Alamak nak komen per yer??
Saya nie baru je menjengah kat sini..
Selamat bertapa…
Kalau ada makanan lebih tu pas le kat sini..

 
Comment by naem
2007-07-29 16:30:25

7 hari???? macamana dengan solat jumaat?

 
Comment by hasrul
2007-08-04 06:25:00

Alhamdulillah… saya sudah kembali.. Saya akan sambung di post akan datang..

 
Comment by naem
2007-08-08 21:41:46

selamat kembali… :-) nampaknya saya dah ada seorang lagi teman baru

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.