Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet Saifulsham
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Setelah pulang dari “Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet Saifulsham“ saya tidak dapat berbuat apa-apa. Letih, kurang sihat dan saya pasti mesti ramai yang mengalami demam, batuk, sakit tekak dan sebagainya sekarang. Kata orang tengah musim. Nampaknya Kuala Lumpur memang panas hinggakan saya dan isteri pening-pening dibuatnya. Mungkin sebab itulah saya pulang ke kampung halaman setelah 3 tahun bekerja di KL kira-kira 10 tahun dahulu.
Berbalik kepada tajuk saya pada kali ini, banyak yang saya pelajari semasa menghadiri Seminar Saifulsham. Terima kasih saya ucapkan kepada Sabri dan Syazwan dengan layanan, kemudahan dan tidak ketinggalan makanan yang super mesra. Secara keseluruhannya saya beri 9.5/10 (mana boleh bagi 10/10 sebab nobody is perfect) bagi seminar tersebut. Maknanya memang saya syorkanlah kepada sesiapa yang nak pergi.
Walaupun kami sudah kenal lama, tetapi itu hanyalah di alam maya. Samalah juga anda dan saya kan. Oleh kerana masa amat terhad kami tidaklah dapat bersembang lama-lama, tapi dapatlah juga bertukar-tukar fikiran (agaknyalah). Lagipun saya tak nak ganggu peserta-peserta seminar yang lain (yang masih baru dalam perniagaan internet ini), yang sudah tentunya banyak soalan yang ingin ditanyakan kepada Sabri dan Syazwan.
Subjek yang paling menarik perhatian saya dalam seminar tersebut ialah mengenai Dropship Business Model. Subjek inilah yang paling saya nanti-nantikan selama ini. Sebelum ini saya memang teringin nak buat dropship tapi memandangkan dengan pelbagai kekangan, saya tinggalkan dahulu. Jadi setelah faham betul-betul dengan penerangan Saifulsham, saya mengambil keputusan untuk menambahkan lagi kekangan yang tak kekang-kekang ini (entah betul ke tidak tatabahasa ni), dengan menceburkan diri dalam bidang dropship pula. Ibarat ‘tok guru’ ada di belakang, pencak kita pun makin berbunga-bungalah.
Saifulsham juga ada memberikan ‘hint-hint’ penting dan insyaAllah saya akan gunakan salah satu hint tersebut untuk dimasukkan dalam ‘research’ dan produk saya yang akan datang.
Sekali lagi terima kasih Sabri dan Syazwan, saya doakan kalian berjaya dunia akhirat. Wassalam.
Popularity: 9% [?]

Congratulation…
Teruskan usaha anda. Saya juga masih belajar serba sedikit mengenai Dropshipping ni. Setakat ini, produk dah ada, cuma sekarang ini tengah sibuk buat projek lain..
Cheapest phentermine online….
Online phentermine without contacting doctor. Order phentermine phentermine online….