Seminar Saifulsham 05 Mei 2007
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Pada minggu hadapan saya akan berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan. Apa lagi, inilah peluang yang saya nanti-nantikan selama ini iaitu menghadiri Seminar Saifulsham. Sepatutnya ia berlangsung minggu ini iaitu 28 April 2007, tetapi disebabkan ramai yang bercuti, jadi terpaksalah ditunda seminggu lagi. Maka, saya pun terpaksalah menunda perjalanan untuk minggu ini ke minggu hadapan. Nasib baik jadual saya boleh ditukar. Kalau tidak, melepas lagilah nampaknya untuk menghadiri seminar tersebut.
Saya memang cukup-cukup sibuk. Jadual seharian saya memang cukup ketat. Selama 2 tahun bergelumang dengan dunia perniagaan internet, saya rasakan seperti tidak ada masa yang terluang. Tetapi bukanlah maksudnya tidak ada masa untuk ibadah, keluarga, riadah, rehat dan sebagainya. 24 jam sehari saya penuhkan dengan aktiviti-aktiviti perniagaan dan yang lain-lain tu.
Kita semua mempunyai masa 24 jam sehari. Saya akan bahagikan kepada 3 bahagian iaitu untuk perniagaan, rehat dan keluarga. Ketiga-tiga bahagian ini wajib bagi saya untuk mengaturnya. Di sinilah pentingnya pengurusan masa yang baik yang pernah saya sebutkan sebelum ini.
Apa yang penting di dalam pengurusan masa yang baik ialah disiplin. Kita mestilah mematuhi peraturan yang kita buat sendiri. Biasanya saya akan bangun seawal jam 3.00 pagi. Pada waktu begini, hmm… sunyi sepi, tidak ada gangguan, tidak ada tekanan, dingin dan sangat tenang sekali. Pendek kata, inilah waktu yang terbaik bagi saya untuk menulis, mencari idea, merancang dan sebagainya.
Selepas Subuh, saya akan berjalan-jalan di luar sambil menghirup udara pagi (udara paling bersih). Kemudian pukul 7.00 pagi, kami sekeluarga bersiap-siap untuk keluar.
Bersambung….
PS : Ada sape-sape yang pergi Seminar Saifulsham minggu depan?
Popularity: 26% [?]

Yup, pengurusan masa memang penting.. Macam saya, saya perlu bahagiakan masa antara :-
a. Kerja (tugas rasmi)
b. Belajar (part time)
c. Bisnes (perniagaan internet + mlm)
d. Keluarga (ibu, ayah & adik beradik)
selamat berkursus.
saya belum pi lagi.
baru pi bengkel dr irfan bulan jan lepas.
berdoa agar murah rezeki utk pi seminar saifulsham kelak.
setiap hari hari saya berdoa agar diberi kesihatan yg baik utk buat ebiz, kerja sbg peg k’jaan, suami dan bapa kpd 2 anak lelaki,
peh, dah ada masa sikit utk komen kat blog kwn2 im malaysia ni.
bujangjutawan >> saya doakan bujangjutawan lebih cepat menjadi jutawan..
hapisol >> banyak betul tugas hapisol kan.. walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan, dan matlamat harus dicapai. Cabaran adalah inti kejayaan. Hapisol adalah contoh pengurus yang baik..
hasrul >> Terima kasih harul…
Amin.. Saya pun doakan saudara hasrul pun begitu..
Selamat berseminar Hasrul. Semuga lepas ni ada idea terbaru dari Hasrul.
Saya pun baru jer lepas menyertai seminar yang dianjurkan oleh SmartZul di Penang pd 29 Apr lalu.
Dah tak sabar ni nak lancarkan projek saya. Kalau tiada aral melintang Insyaallah penhujung Mei nanti.
Tunggu pengumumannya di blog saya nanti.
JumieRay >> Good luck… nak tunggu produk jimie nie.. hehehe..
6bf7fb94f80eb181cf4e…
6bf7fb94f80e…