Tempoh Pertapaan Telah Tamat dan Selamat Datang Ke ImpianWanita.com

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setelah lebih sebulan saya bertapa akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Hmm.. Rupa-rupanya lebih daripada sebulan saya tidak menulis di sini. Sementara menantikan waktu Subuh, akhirnya terbukalah pintu hati untuk menulis. Mungkin tulisan kali ini agak panjang atau mungkin tidak. Bergantung pada keadaan, kita lihat sampai mana saya mampu menulis. Saya akan terus menulis hinggalah waktu Subuh tiba.

Banyak kejadian yang berlaku sepanjang kehilangan saya. Dua hari yang lepas, lebih kurang pukul 2 pagi, saya dikejutkan oleh panggilan daripada Catz. Eh.. kenapa pulak telefon pagi-pagi (buta) ni? Macam tau-tau sahaja yang saya belum tidur. Bila saya jawab rupa-rupanya ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Adiknya kemalangan.

Ikuti kisah beliau di sini.

Harap kawan-kawan dapat doakan keselamatan mereka.

********************************

Saudara Ramdzan dari Rajablog.info pula terpaksa dimasukkan ke hospital kerana menurut saudara Shamsul dari http://www.erzwan.com/ beliau mengalami kesakitan di bahagian mata di mana salah satu urat matanya tercabut. Meang betul-betul sakit tu. Alhamdulillah beliau sudah kembali pulih.

*******************************

Bro Fai pula mengalami tekanan.. dan macam-macam lagi kejadian yang berlaku..

****************************

Oklah… Subuh pun dah nak masuk ni… Saya tulis ayat penutup.

Sudah sebulan saya bertapa, baru hari ini saya memunculkan diri. Untuk pengetahuan kawan-kawan, sebenarnya saya bukanlah bertapa duduk kat dalam gua sorang-sorang tu. Itu cuma analogi sahaja. Sebenarnya saya bertapa di alam maya. Maksudnya mengasingkan diri daripada komuniti internet untuk memfokuskan kerja-kerja pembinaan laman web.

Jumlah kesemuanya 5, 2 untuk tahun ini dan 3 lagi untuk tahun hadapan. Cuma 1 sahaja yang akan saya dedahkan pada hari ini iaitu ImpianWanita.com

Secara umumnya, ImpianWanita.com menjual pelbagai jenis barangan wanita. Tapi bukan saya yang uruskannya, isteri saya dan stafnya yang bertanggung jawab. Saya cuma menguruskan hal-hal penyelenggaraan, pemasaran dan sokongan. Buat masa ini produk yang ditawarkan adalah seperti perfume, bracelet, brooch, rantai silver, produk AuraSeri, pelbagai jenis kerepek tradisional dan akan ditambah dalam masa yang terdekat. Sebenarnya banyak lagi produk yang akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat.

Anda juga boleh subscribe newsletter ImpianWanita.com di sini.

Untuk melanggan newsletter hasrul.net sila isi borang di bawah:

:
:

Powered by GetResponse email marketing software

Sekian update saya untuk hari ini. Nanti saya akan sambung lagi..

Popularity: 8% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

RSS feed | Trackback URI

11 Comments »

Comment by Maizul
2007-08-13 20:26:53

Wah macam-macam produk ada ye. lepas ni boleh la oder online je. Selamat kembali berblogging En. Hasrul

Comment by hasrul
2007-08-15 12:38:53

Macam-macam ada.. Online forever…

Terima kasih maizul.

 
 
Comment by naem
2007-08-14 02:37:01

oooh..itu ke bertapa nya..hehehe..maaf salah telahan..
selamat kembali..nampaknya boleh le saya selalu lepak2 kat sini..

ps: fikir nak bertapa jugak la bulan depan..Tapi belum pasti kat gunung mana lagi? :-)

Comment by hasrul
2007-08-15 12:40:10

Haah.. bertapa istilah dunia moden..

Kalau bertapa nak ikut boleh? hehehe

 
 
Comment by abdfatah
2007-08-14 15:44:50

yeahaaaaa…. encik hasrul sudah kembali… selamat berblog kembali. dan selamat maju jaya dan murah rezeki…

Comment by hasrul
2007-08-15 12:41:00

Terima kasih abdfatah.. Segar rasanya dapat blogging semula..

 
 
Comment by zool
2007-08-14 16:21:12

Bertapa ye..baguslah berapa ekor toyol dapat bawak balik?? He he he.. gurau ye..
walaupun mungkin tak mengenali harap-harap lepas nie komuniti blog di Malaysia bertambah rancak..

Comment by hasrul
2007-08-15 12:46:38

Sama-samalah kita merancakkan dunia blogging Malaysia. Nanti lama-lama mesti kenal punya zool..

Toyol? Hmm.. kena cari istilah dalam dunia moden ni..

 
 
Comment by BAGAK
2007-08-15 00:23:57

selamat kembali ke alam maya

Comment by hasrul
2007-08-15 12:47:05

Terima kasih BAGAK..

 
 
2007-11-28 06:07:14

Valium….

Buy valium. Valium liquid form. Valium….

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.