Ubahsuai dan Naik Taraf

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah setelah lebih kurang 2 minggu berhempas pulas mengubahsuai dan menaik taraf? kemasan dan juga komputer di kedai saya, akhirnya fasa pertama sudah pun selesai. Sebab itulah saya sentiasa sibuk.

Untuk komputer di kedai, lebih kurang 5 komputer yang saya tukar. Untuk server saya gunakan processor Intel Pentium D 820+ 2.80GHz. Keupayaannya, sungguh menyeronokkan. Manakala untuk client saya gunakan AMD Athlon 64 3500+. Keupayaan pun boleh diharap. Jadi fasa pertama telah selesai dan untuk fasa kedua akan dimulakan minggu depan atau minggu satu lagi. Naik taraf lagi 5 komputer.

Tema warna kedai saya pula pada kali ini ialah warna hitam dan merah. Warna yang ramai orang tak suka (agaknya) tapi warna inilah yang saya impikan selama ini cuma sekarang sahaja baru saya berani berbuat demikian (dulu tak berani, korporatlah konon). Sekarang saya lebih berani bermain dengan warna. Kalau dulu warna yang saya akan pilih hanyalah warna cerah-cerah sahaja. Sekarang barulah dapat merasai apa yang orang kata “Life is Colourful”.

Mengapa saya suka perubahan? Kerana saya akan merasa satu semangat yang baru bila ada perubahan. Contohnya macam orang dapat kereta barulah kan. Mesti suka berjalan-jalan, rajin basuh sampai satu habuk pun tak nampak. Pantang kucing dekat sikit, mesti dikejarnya, betul tak? Sama juga kalau orang dapat isteri baru. Tapi saya tidak mahu sentuh, faham-faham sendirilah.

Isteri saya pulak tiba-tiba minta notebook.

Puan Sri : Bila abang nak belikan notebook?
Saya : Boleh, esok abang beli.

Setelah lebih kurang 2 minggu order (takde stok) baru semalam dapat notebook ni. Saya tulis ni pun? guna notebook dialah (test power). Mestilah nak kena setting-setting sikit.

OKlah. Cukup sampai di sini dulu. Nasihat saya, jika anda berasa tepu, ubahlah yang mana patut, nescaya satu semangat baru akan timbul.

Satu soalan untuk anda… Jika anda layak dan ditawarkan pinjaman dengan faedah 2-4%, adakah anda berani menerimanya? Jika ya, berapa ribu yang anda sanggup untuk pinjam? Saya ada satu cerita tentang pinjaman.

Popularity: 6% [?]

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com


RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by Maizul
2007-03-17 01:26:52

En. Hasrul kasi taruh gambar sikit kat sini gambar laptop baru & theme kedai baru ;)

 
Comment by mdpai
2007-03-17 17:49:59

betul tu..nak jugak tgk kedai baru..hehe

 
Comment by aad_lfcfn
2007-03-17 23:39:06

bro, ko dh ditag. check my blog..

 
2007-03-18 02:11:56

617327 Blog Verification…

617327…

 
Comment by ramzwatcher
2007-03-18 18:10:29

refreshing design ya bro? orang cakap “main angin”..hehe

mood utk kerje and motivation meningkat r camtu..

macam Maizul cakap, letak r gambar tu :D

 
Comment by hasrul
2007-03-19 10:26:36

maizul >> ok… nanti letak gambar.. no problem..
mdpai >> orait…
aad >> alamak kena tag ler… ok.. sape pulak nak ditag lepas ni…
ramzwathcer >> yup.. refresh… sekarang ni atmosfera sangat baik.. gambar nanti saya akan letak..
Auctionads ni percentage yang dia akan kasi tak pasti sangat…. tapi kalau kat site dia kata bila orang yang klik tu take action..

 
Comment by RajaBlog.info
2007-03-19 13:30:35

kire CPA la? p.s; malas nak p tgk sana :P

kalau macam amazon, liewcf cakap slow la sket berbanding dengan yang lain - tp still dia dapat gak duit.

 
Comment by hasrul
2007-03-19 14:06:29

yup.. dia CPA… sebab tu saya nak tengok dalam sebulan ni camner.. kalau Amazon, barangnya mahal.. tapi kalau ebay mestilah murahkan.. Walau apa pun… kena test dulu dalam sebulan.. tengok macam mana..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.