Web Hosting Malaysia vs Web Hosting Luar Negara

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Oleh sebab ramai yang bertanya fasal hosting, jadi hari ini saya ingin kongsikan bagaimana saya memilih hosting. Biasanya jika kita memilih hosting, kita akan bertanya harga, saiz, bandwidth dan fungsi-fungsi tambahan seperti add-on domain, subdomain, email, support windows dan sebagainya. Ini yang biasa kita cari dan saya rasa panduan ini sudah banyak ditulis di internet.

Untuk hari ini, saya cuma ingin sentuh web hosting manakah yang sesuai bagi kita? Sama ada hosting Malaysia atau luar negara?

Web hosting Malaysia yang saya maksudkan di sini ialah server yang dihostkan di dalam Malaysia iaitu server yang mempunyai IP Malaysia. Walaupun sesetengah syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting ini dari Malaysia, tidak bermakna hosting yang dijual itu mempunyai IP Malaysia. Jadi anda kena faham terma yang saya gunakan.

Apakah kelebihan menggunakan hosting Malaysia?

  1. Page loading lebih laju. Web site anda akan dibuka lebih cepat jika pengunjung itu datangnya dari Malaysia. Ini disebabkan oleh faktor Geografi kerana server dan pengunjung berada dalam lingkungan yang sama (berdekatan). Syarat ini hanya jika target market anda adalah Malaysia. Tetapi jika masih perlahan juga loading tu, maknanya hosting tu lembap.
  2. Local Search Target. Sesetengah pengguna internet suka menggunakan fungsi local search untuk mencari sesuatu. Apa yang saya maksudkan adalah seperti gambar di bawah:

web hosting malaysia

Untuk terms “you tube ada kelebihannya” seperti gambar di atas, anda lihat blog saya berada di tempat pertama untuk di Google. Pengguna menggunakan fungsi “pages from Malaysia”. Walaupun saya tidak optimize untuk keyword ini, tetapi disebabkan hosting saya berada di Malaysia, jadi Google telah mengindexkannya sebagai website dari Malayasia.

web hosting overseas

Gambar yang kedua di atas pula, pengguna menggunakan terms carian yang sama tetapi memilih fungsi “worldwide search” atau “the web”. Fungsi ini mengindex semua page yang mempunyai terms yang disebutkan tadi untuk semua website di seluruh dunia. Anda lihat, blog saya hilang dari pandangan. Jadi inilah perbezaan yang paling ketara.

Sebab itulah, saya akan meneliti target market saya dahulu sebelum memilih hosting mana sesuai untuk saya.

Kesimpulannya, jika target market anda adalah Malaysia semata-mata, gunakanlah hosting Malaysia tetapi anda harus berhati-hati ketika memilih. Sebelum membeli, pastikan support syarikat yang menyediakan servis hosting tersebut bagus dan uptime sentiasa stabil.

Semoga maju jaya.

PS: Jika ada sebarang pertanyaan atau bantuan teknikal, boleh hubungi saya menggunakan form yang disediakan atau message melalui Yahoo Messenger menggunakan butang yang disediakan di sidebar sebelah kanan. Terima kasih.

Popularity: 14% [?]

Related Articles:

Perfume dan Produk Kecantikan Wanita
Dapatkan produk perfume, make-up dan produk kecantikan
wanita pada harga diskaun sehingga 50%. Sungguh menjimatkan.
ImpianWanita.com

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by Maizul
2007-06-17 08:04:11

Macam tu rupanya. Jadi kalau nak beli hosting bukan ikut beli je. TQ

 
Comment by BujangJutawan
2007-06-19 08:20:17

Satu info menarik, tak ramai yang ambil “pusing” perkara ni.

 
Comment by hasrul
2007-08-04 06:13:38

Bukan senang nak pilih hosting ni… Kalau teruk sangat (asyik down) pun susah juga kan. Jadi bersedialah untuk pindahkannya..

Ramai pengguna yang tidak tahu makna global dan tempatan di search engine.

 
2007-09-02 21:11:20

bagus!! tips yang hebat

 
Comment by hasrul
2007-09-03 12:42:37

terima kasih hilmi..

 
2007-11-27 07:42:57

Refinance home bad credit….

Refinance mortgage with bad credit. Bad credit auto refinance….

 
2008-11-09 16:39:12

[...] Cubiex.com - Malaysia Affordable Domain & Web Hosting provide various affordable and premium web hosting package for individual and enterprise [...]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.